SCM Player

Thursday, 31 January 2013

Birthday Killer (ajumma mian...) -last-

  "Hyun il...Hyun il..."Baemin mula mengejutkan Hyun il yang sedang terbaring di lantai dengan darah yang memenuhi tuxedonya dan terus cuba mengangkatnya dengan meletakkan sebelah tangan Hyun il di atas bahunya.Baemin mengeluarkan telefonnya cuba menghubungi pihak hospital beberapa kali sebelum skrin telefonnya mula retak.


  "Mana semua orang ni..?kenapa gelap sangat ni..?Hyun il..Taejun..Jae..Han.."suara Baemin mula perlahan-lahan menghilang dan udara di sekelilingnya mula menyebabkannya sesak nafas.Baemin mula menjerit buat kali terakhir tetapi suaranya tidak mampu keluar.


  "aaah..."Jerit Baemin sebelum mula terjaga dari mimpinya.Baemin melihat kelilingnya.Dia kini berada di sebuah bilik bawah tanah yang agak gelap.Baemin berjalan manuju ke pintu dan terus membuka tombol pintu.
"dah pukul 11 kenapa gelap sangat langit hari ni..?"Tanya Baemin sendirian.Baemin masuk semula ke dalam biliknya untuk mengambil kot dan mula menuju ke arah pasaraya yang terdekat.Baemin mencapai beberapa barangan keperluan harian lalu terus menuju ke kaunter bayaran.
"tolong asingkan barang yang ni dengan yang ni..plastik lain-lain."Arahnya sambil menunjukkan ke arah beberapa barangan yang diletakkan di atas kaunter.


  Baemin mula membunyikan loceng pintu sebuah apartment.
"Baemin.."kadengaran suara yang mula membuka pintu.
"Lee sarang..nah barang-barang yang awak suruh saya beli.."Kata Baemin sambil menghulurkan satu plastic beg yang dibelinya tadi.
"umm..okay..terima kasih."Balasnya hanya mengambil barang-barang tersebut lalu terus cuba menutup pintu rumahnya sebelum pintu tersebut mula ditahan kaki seseorang.


  "Oh Taejun pun datang..?"Tanya Baemin yang baru menyedari kehadiran Taejun di depan pintu rumah Lee sarang.
"Baemin hantar barang ke..?uh..nanti kita cakap lagi eh.aku kena cakap dengan penulis ni.."Kata Taejun sambil memegang pintu rumah Lee sarang cuba membukanya dari luar.
"kakak..boleh saya masuk.?"Tanya Heungsu yang sedang berdiri di sebelah Taejun.Mendengar suara Heungsu,Lee sarang terus membuka pintunya.


  "Sarang buka pintu untuk Heungsu je ke..?"Tanya Taejun sambil terus melangkah masuk ke dalam.
"kenapa kau datang.?"Tanya Lee sarang kepada Taejun.
"kenapa..?sebab kerjalah..kau ingat aku datang ni nak main ke.?produser muzik mari rumah penulis skrip mestilah sebab nak bincang pasal kerja kan.?ada sebab lain ke..?"Tanya Taejun sambil melihat keadaan sekeliling rumah tersebut.
"dah lama kau tak keluar rumah tapi rumah bukannya bersih sangat pun..tak bosan ke duduk kat rumah ni je.?huh..kalau detektif Lee tahu mesti dia kecewa."Keluh Taejun.Lee sarang hanya terdiam sambil menghidangkan Heungsu dan Taejun segelas air.


  "Kwon Youngshik..sila keluar ada orang nak jumpa."Arah seorang pegawai polis.Youngshik berjalan keluar dari sel menuju ke tempat menunggu tetamu.
"ayah.."Kata Baemin sambil melambai-lambai ke arah ayahnya.Ayahnya tidak membalas dan hanya terdiam duduk di hadapannya.Baemin memberikannya beberapa barangan yang dibelinya tadi kepada ayahnya dan cuba memulakan perbualan beberapa kali dengan ayahnya tetapi tiada jawapan yang keluar dari mulut ayahnya.


  30 minit berlalu sebelum dia mula bercakap untuk belik ke sel semula.Baemin keluar dari kawasan penjara dengan hampa.Tak lama kemudian Baemin menerima mesej dari Hanbyul yang masih berada di England.
"Baemin,aku dah poskan kad perkahwinan aku dengan tiket penerbangan sekali.Passport kau boleh guna lagikan ? Minggu depan kau datanglah dengan Taejun.Lee sarang macam mana ? aku dah email pasal wedding aku tapi aku tak rasa yang dia nak pergi.Kalau ada apa-apa kau mesej je aku sebab aku tengah sibuk sekarang ni."


  "ah..sekurang-kurangnya budak tu okay kat sana..bila dia tu nak balik tengok ayah dia agaknya."Kata Baemin sendirian.Baemin duduk di hadapan komputernya buat sementara waktu sambil melihat kembali gambar-gambar lamanya sewaktu masih di bangku persekolahan.Gambar terakhir mereka adalah sewaktu mereka bercuti di salah sebuah villa milik keluarga Jaehyun.Melihat gambar tersebut,Baemin mula teringat kenangan silamnya.Seketika kemudian Baemin membuka emailnya dan mula menulis,
Dah lama kau tak tulis ni..,maaflah sebab dah lama tak hubungi kau.Aku saja tulis ni kalau kau nak tahu perkembangan kita orang kat sini.Tentu kau rindu Hanbyul kan.?Sekarang ni dia dah nak kahwin.Tak sangka dia kahwin dulu sebelum aku.Taejun pula sekarang ni buat muzik untuk  ost drama yang Lee sarang tulis.Taejun benci muzik sebab ayah dia tapi dia mula tulis lagu sebab nak kerja dengan Lee sarang.Ayah aku dengan peguam Jang masuk penjara beberapa tahun lepas sebab terlibat dadah.Aku pun dah lama tak cakap dengan Mak Cik Zus.Sekarang ni aku tengah prepare untuk ujian kemasukan kolej..betul cakap kau susah sangat .Hyun il dah tak ada..sebab tu aku jaga Lee sarang..sebab Hyun il suka sangat kat dia.Tambah lagi lepas Detektif Lee mati dua tahun lepas masa tengah bertugas.Lee sarang masih trauma dengan semua tu jadi dia tak pernah tinggalkan rumah.Dia tak nak jumpa sesiapa pun sekarang ni..Yang penting sekali,aku rindu sangat kau...aku harap kita boleh jumpa lagi lain kali...cepat-cepatlah baca ni..
-Baemin- 

  "okay.."kata Baemin setelah selesai menulis,cuba menahan air matanya.Mesej dihantar ke alamat email Jaehyun.Sudah beberapa tahun berlalu namun Jaehyun masih belum ditemui.Mayat Jaehyun masih tidak dapat ditemui jejaknya juga tidak dapat dikesan.Tiada siapa yang tahu samada Jaehyun masih hidup atau sudah meninggal dunia tetapi Baemin masih lagi menghantar email kepadanya dengan harapan suatu hari nanti emailnya akan dibalas.


-tamat_





Birthday killer (ajumma mian...) -part 10-

 "Hyun il...Hyun il..aaa..Aku nak buat apa ni..?"Keluh Taejun sendirian sambil terus menangis."detektif Lee.."sambungnya lagi lalu terus mendapatkan telefonnya dan berlari keluar rumah meninggalkan Heungsu bersendirian.


  "Aaa.!!"jerit Taejun sambil terus memandu laju keretanya.Taejun mula mendail nombor Detektif Lee beberapa kali sebelum Detektif Lee menjawab panggilannya.
"Kenapa.?!Apa hal.?!"Jawab detektif Lee dengan nada tertekan.
"Detektif....Detektif...Lee sarang..saya tahu kat mana dia.."Balas Taejun sambil terus menangis.Detektif Lee tidak mampu berkata apa-apa dan hanya terdiam.


  Beberapa minit kemudian sebuah kenderaan dipandu laju tiba di balai polis dan berhenti di hadapan pintu masuk balai.Taejun terus meluru masuk ke dalam dan terus mencari Detektif Lee.
"Apa kau dah buat dengan anak aku huh.?!Mana dia?!"Detektif Lee terus menyerang Taejun sebaik Taejun menemuinya.
"Sarang..sekarang ni dengan Hyun il...ayah dia yang..."Taejun tidak mampu meneruskan kata-katanya dan hanya terus menangis sambil melutut di hadapannya kerana tidak berdaya untuk berdiri lagi.Taejun dibawa ke bilik soal siasat oleh beberapa anggota polis yang lain sementara Detektif Lee memerhatikannya dari bilik sebelah.Taejun cuba bertenang sebelum mula bercakap.


  "Mana barang tu.?!"Tanya Oksung dengan marah sambil mengajukan pistol ke kepala Lee sarang.
"Ayah jangan buat macam ni.."Rayu Hyun il yang cuba mendekati ayahnya tetapi Oksung terus mengancam.Tak lama kemudian siren polis dan amaran mula kedengaran,"Letakkan senjata! Anda telah dikepung."Mendengarnya Oksung mula melihat sekeliling dan melihat orang bawahan serta beberapa ahli kongsi gelap yang lain telah ditahan.Oksung mula cemas dan mengajukan pistol secara rawak.


  Setibanya Taejun di lokasi,dia melihat geng ahli kongsi gelap yang lain telah ditahan manakala Lee sarang pula berada di tangan Oksung.Taejun berlari cuba mendekati kawasan tersebut sebelum ditahan seorang pegawai polis yang bertugas.Tanpa berfikir panjang Taejun mengambil pistol milik anggota polis berkenaan dan terus melepaskan tembakan mengena tepat penghadang jalan di sebelah kiri Oksung.


  Terdengar bunyi tembakan,Oksung mula menutup telinganya dengan tangan kirinya yang memegang pistol.Hyun il tanpa ragu terus berlari dan menarik Lee sarang ke arahnya sambil membelakangkan ayahnya itu.
"Bodoh.!!Kau ingat kau boleh jadi hero.?!"jerit Oksung sambil mengajukan pistol dan tidak lama kemudian melepaskan beberapa tembakan ke arah Hyun il.


  Hyun il mula melepaskan bahu Lee sarang dari belakang dan terus rebah ke tanah.Beberapa das tembakan pula dilepaskan seorang anggota polis tepat ke dada Oksung.Lee sarang mula berpaling ke belakang perlahan-lahan dan melihat Hyun il sudah terbaring dengan kesan darah memenuhi bajunya.
"Hyun...Hyun il..."katanya perlahan cuba mendekati Hyun il sambil mula menangis.


  Hyun il segera dikejarkan ke hospital dan terus dimasukkan ke wad kecemasan.Keadaannya agak kritikal kerana kehilangan banyak darah.Oksung pula telah meninggal di lokasi kejadian.Beberapa minggu kemudian jawatan ahli dewan Kwon Youngshik mula dilucutkan dan dipenjara akibat terlibat dengan pelaburan dana haram yang diterimanya dari Oksung dan menerima rasuah.Peguam Jang telah ditahan beberapa hari sebelum penahanan ahli dewan Youngshik dibuat.Syarikat pembuatan tekstil milik keluarga Jaehyun pula disita kerana dipercayai digunakan untuk menyeludup dadah dari beberapa negara jiran.


  Beberapa tahun berlalu semenjak peristiwa penangkapan itu berlaku.
"wow...Hyun il in tuxedo..!mana Lee sarang..?"Acah Hanbyul yang baru tiba di muka pintu sambil terus melihat Hyun il yang kemas berpakaian.
"Yee..aku tau.."Balas Hyun il sambil terus memandang cermin di hadapannya.Baemin berdiri di sebelah Hyun il sambil membetulkan tie yang dipakainya.
"Taejun dengan Jaehyun dah sampai ke..?"Tanya Hanbyul lagi.
"Umm.Diorang ada kat dewan sekarang.Kalau nak jumppa Lee sarang dulu pergilah, cepat majlis nak mula ni."Balas Baemin sambil menuju ke pintu.


  Hyun il berdiri menunggu ketibaan pengantin perempuan masuk ke dewan.Tetamu yang hadir juga menunggu dengan sabar sehingga pintu dibuka.Pengantin masuk ke dalam dengan memakai gaun putih dan penutup kepala yang menutupi wajahnya diiringi detektif Lee.


  Sambil pengantin berjalan menuju ke arah Hyun il,Jaehyun yang duduk di salah satu meja mula terbatuk-batuk.Heungsu pula mula menangis dan Taejun mula memeluknya lebih erat.Pengantin berhenti di hadapan Hyun il.Hyun il mula membuka penutup kepala pangantin perempuan.Air muka Hyun il mula bertukar setelah melihat wajah pengantin.Riak wajah riang gembiranya bertukar terkejut.


  Jaehyun terus terbatuk sehingga termuntahkan air dari mulutnya.Heungsu berhenti menangis dan mula memandang sekeliling.Tetamu lain di sekeliling mula menjauhi meja mereka dan seluruh dewan mula bertukar gelap.Hyun il yang masih terkejut mula menjauhi pengantin setelah melihat wajahnya yang kosong tiada rupa.Hyun il mula berundur perlahan-lahan ke belakang tiba-tiba beberapa das tembakan berbunyi dan Hyun il mula rebah ke laintai.


  Darah mula mengalir ke lantai hampir mengena kaki pengantin tanpa wajah itu tadi.Detektif Lee mula mengundur sebelum terjatuh ke dalam lubang besar di belakangnya dan mukanya mula mereput.
"Hyun il..Hyun il.."panggil Baemin beberapa kali sambil terus cuba mengangkatnya dan mengeluarkan telefonnya dari kot bajunya.Baemin cuba menghubungi hospital tetapi skrin telefonnya mula retak.Keadaan di dalam dewan mula menjadi gelap dan Hyun il yang tadinya di belakangnya hilang secara tiba-tiba.


  "mana  semua orang..kenapa gelap sangat ni..?Hyun il..Taejun..Jae..Han.."suara Baemin mula perlahan-lahan menghilang.







Birthyday Killer (ajumma mian...) -part 9-


  "Mak cik. ni Hanbyul,Jaehyun dah sampai sana ke.?"Tanya Hanbyul melalui perbualan telefonnya dengan Makcik Zus.
"Hanbyul...?Kamu tak dengar berita lagi ke..?"Kedengaran suaranya yang agak sebak dari pengasuh Jaehyun.
"Huh..?"Hanbyul masih tertanya-tanya apa yang berlaku.
"Pesawat...Pesawat Jaehyun terhempas...dalam laut..polis tengah mencari semua mangsa..Jaehyun...Jaehyun makcik tak jumpa lagi..ayah dia pun dah hantar orang carikan.."Balas makcik Zus dengan suara yang tersekat-sekat.Mendengar berita tersebut, Hanbyul tergamam dan tidak mampu berkata apa-apa.Makcik Zus pula hanya terus menangis.


  "Angkatlah..Angkat.."Cakap Baemin sendirian cuba menghubungi Taejun setelah melihat berita mengenai pesawat yang terhempas disiarkan pada malam sebelumnya.Baemin cuba menghubungi Taejun dan Hyun il beberapa kali  namun tiada yang menjawab.


  Taejun pada ketika itu duduk bersendirian di sofa rumahnya memikirkan apa yang dikatakan Hyun il dan peguam Jang beberapa hari sebelumnya pada hari lahirnya ke-18 mengenai segala aset ayahnya yang bernilai hampir 17 juta USD sebelum mula mendapat panggilan dari Baemin beberapa kali.Setelah telefonnya berhenti berdering,Taejun segera mengambil telefonnya dan menghantarkan satu pesanan ringkas kepada Baemin,
"Baemin jangan telefon aku sekarang ni.Aku tengah tunggu panggilan penting.Nanti aku telefon kau balik.."


  Jam menunjukkan pukul 9.46 malam,Taejun masih menunggu panggilan dari Hyun il.Selang beberapa minit,loceng pintu rumah Taejun berbunyi.Taejun membuka pintu dan sebelum sempat dia melihat orang yang datang,tangannya ditarik keluar rumah.
"Taejun..Mana benda tu..?Tolonglah..Aku terdesak ni..Aku kena hantar sebelum subuh ni.."Desis Hyun il sambil tangannya memegang erat lengan Taejun.Taejun sebaliknya tidak menjawab dan hanya merenung tajam ke arah Hyun il.
"Cepatlah.."Sambungnya perlahan.
"Huh..Aku nak tahu semuanya.semuanya dari awal sampai akhir.!!Kenapa kau buat semua ni.?!Macam mana kau boleh simpan kat studio ayah aku.?!Apa yang terjadi.?!!!Lee sarang pula.?"Balas Taejun dengan nada marah.


  Hyun il mula melepaskan lengan Taejun dan memandang ke arah lain. Mendengar soalan yang diajukan Taejun.Kali ini Taejun pula yang menarik tangan Hyun il dan membawanya masuk ke dalam rumahnya.Taejun membuka laci meja di ruang tamu rumah dan mengeluarkan kotak biru sambil menggenggamnya erat.
"Kau cakap aku bagi."Kata Taejun sambil mengangkat kotak tersebut.


  "Huh.!!Kenapa kau nak suruh aku buat macam ni.?!"jerit Hyun il.Hyun il duduk di sofa dan mendiamkan diri beberapa minit sebelum mula bercakap,
"Jujurnya aku tak tahu kenapa aku buat semua tu..Asalnya sebab mak aku..Lepas mak aku cerai dengan ayah aku..Mak aku jadi tak keruan sebab kena hidup susah..Dia tak dapat satu sen pun lepas cerai.Jadi aku  buat perjanjian dengan ayah aku.Dia akan bagi aku duit untuk setiap penghantaran tapi masa penghantaran kedua,polis dapat kesan so dia bunuh seorang kawan aku dan bawa mak aku.."Hyun il berhenti seketika dan cuba menarik nafas.
"Habis apa kaitan dengan ayah aku.?"Tanya Taejun.


  "Ayah kau,peguam Jang,Ayah Jaehyun dengan bakal presiden kita semua ada kaitan."Balas Hyun il perlahan.
"Apa maksud kau.?"Tanya Taejun meninggikan nada suaranya.
"Ayah aku dengan peguam tu dah kawan dari sekolah sebab tu aku boleh kenal Hanbyul.Peguam tu yang kenalkan ayah aku dengan ayah Jaehyun..lebih kurang macam jadi pelabur.Ayah aku yang melabur untuk syarikat tekstil dia.Ayah Jaehyun jadi pengilang hantar dan tekstil dia ke melalui pemborong.Dadah dicampurkan dan jual kat sini."Taejun tidak berkata-kata dan terus terduduk mendengar cerita tersebut.
"Kau rasa macam mana ayah kau boleh buat duit sampai 10 juta..?Jualan album..?"


  "Apa maksud kau.?"Tanya Taejun sambil menjeling ke arah Hyun il.
"Ayah kau tertekan lepas mak kau mati.Lepas tu dia cuma buat album untuk lima artis je.Ayah kau tak ada apa pun lepas mak kau mati..Tak ada apa...Dia buat semua ni pun untuk kau..Aku pun tak tahu apa yang dia buat sebab aku cuma kena datang sini sekali dua minggu je.Ayah kau ni macam orang tengah.Aku rasa sebab kes ayah kau bunuh diri tu pun ayah aku yang buat.Takkan lepas album dia meletup dia nak bunuh diri kut.Sebelum tu pun dah banyak kali album dia meletup...Taejun..aku rasa kau kena tahu ni...Ayah kau dah belot ...Aku rasa ayah aku yang bunuh dia.Dia tutup kes tu dengan bantuan ayah Baemin.Bakal presiden tu dapat dana dari mana kau rasa..?Lagipun aku pernah tengok ayah aku dengan dia jumpa beberapa kali sebelum ni.."


  Taejun tidak dapat menahan air matanya mendengar perkara tersebut."Hyun il dah..cukuplah..aku taknak dengar lagi.."Katanya perlahan.
"Aku kena pergi sekarang. Dah pukul berapa ni..Aku kena pergi sebelum dia tu buat sesuatu kat Lee sarang.Taejun..Tolong aku...Detektif Lee mesti tengah cari dia...kalau kau perlukan aku..aku buat 'penghantaran' tepat pukul 5 pagi ni dekat Jambatan Mapo.kau tahu kat mana.."Katanya terus berlalu pergi setelah mendapatkan paket fantasy dari tangan Taejun.


  "Hyun il...Hyun il..aaa..Aku nak buat apa ni..?"Keluh Taejun sendirian sambil terus menangis."Detektif Lee.."Sambungnya lagi lalu terus mendapatkan telefonnya dan berlari keluar rumah meninggalkan Heungsu bersendirian.


  "4.53 pagi.."kata Hyun il sendirian.Beberapa saat kemudian telefonnya mula berbunyi,tanpa teragak-agak Hyun il terus menjawabnya,
"Barang dah ada ke..?"Kedengaran suara dari pemanggil.
"Kat sini."Katanya sambil mengangkat kotak tersebut keluar tingkap keretanya."Lee sarang.?Hantar dia kat sini baru aku bagi ni."Balasnya lagi.
"Ah !.Ikut.!!."Arah pemanggil berkenaan sambil mula membuka pintu keretanya.


  Hyun il keluar dari keretanya menuju ke arah ayahnya.Ayahnya mula menolak Lee sarang ke arah Hyun il sebaik Hyun il melontarkan kotak tersebut.Hyun il mula berlari ke arah Lee sarang yang terjatuh di tanah akibat ditolak bapa Hyun il dan membantunya membuka ikatan di tangannya dan penutup matanya.


  "Hyun il.."kata Lee sarang perlahan sambil mula menangis sebelum Hyun il mula membawanya ke kereta.
"Apa ni.?!"jerit bapa Hyun il setelah membuka kotak tersebut."Kau tengah main-main dengan aku ke.?!"sambungnya lagi sambil membaling kotak kosong tersebut ke lantai.Dia kemudiannya menghampiri Lee sarang yang hanya beberapa meter darinya dan terus memegang serta menarik lengannya menyebabkan Lee sarang terjatuh ke tanah.


  "Bangun.!Bangun.!!"arahnya sambil menarik Lee sarang dan tangannya yang lain menyeluk poket kot mengeluarkan sepucuk pistol.Hyun il cuba mendekati ayahnya tetapi pistol tersebut sudah di kepala Lee sarang.
"Mana barang tu.?!"Jeritnya.Hyun il hanya terdiam dan cuba menghampiri sebelum siren mula berbunyi dan kedengaran suara seorang anggota polis memberi amaran,
"Letakkan senjata anda.Anda telah dikepung"Mendengarnya,Oksung mula berpaling dan melihat seluruh kawasan tersebut telah dikepung dan beberapa orang pengikut serta ahli kongsi gelap lain yang turut berurus niaga di situ telah ditahan.Melihat keadaan berkenaan ayah Hyun il mula bergerak ke belakang menghampiri Sungai Han dan mula menghalakan pistolnya secara rawak sambil mengeret Lee sarang.Tak lama kemudian kedengaran bunyi tembakan.

Birthday Killer (ajumma mian...) -part8-

  "Hanbyul,boleh tak...kau datang kat rumah aku sekarang ni..?"Kata Jaehyun melalui talian telefon sambil teresak-esak menangis mengingatkan nenek Yu.
"Huh..?Kenapa pula ni.?Kau menangis ke.?Kejap, nanti aku sampai."Balas Hanbyul lalu terus meletakkan gagang telefon.


  Sesampainya Hanbyul di rumah Jaehyun,Hanbyul terus mencari Jaehyun di biliknya.Jaehyun duduk di penjuru bilik sambil terus menangis walaupun sedar akan kedatangan Hanbyul.Hanbyul menghampiri Jaehyun dan duduk di sebelahnya.
"Jaehyun kenapa ni..?"Katanya sambil mengusap belakang Jaehyun.Jaehyun menceritakan segala yang berlaku tanpa langsung melihat Hanbyul yang duduk di sebelahnya.Jaehyun terus menangis sebelum menyampaikan hasratnya,
"Hanbyul...aku rasa...aku nak balik.."Hanbyul yang mendengarnya terus bertanyakan alasannya dan  Jaehyun hanya menjawab,
"Nenek tu yang suruh..Aku berubah...Mungkin kalau aku pergi kat ayah aku dia boleh ubah aku balik jadi macam Jaehyun yang mula-mula kau jumpa..budak baik.."Sambil Hanbyul terus mengusap belakangnya.
"Okay.Aku cuba tempah tiket hari Rabu ni.Lagipun aku pun kena pergi England hari tu...Ayah aku suruh aku lanjutkan pelajaran kat sana."Mendengar penjelasan Hanbyul,Jaehyun terus berpaling ke arahnya.


  Petang itu,Heungsu sudah dibenarkan pulang jadi Taejun datang menjenguknya.
"Heungsu nak balik rumah terus ke..?Kat mana rumah Heungsu.?Nanti abang hantar."Tanya Taejun sambil sibuk mengemas barang-barang Heungsu.
"Tak nak!Nanti mesti ramai yang datang..Heungsu tak nak jumpa orang lain."Balas Heungsu sambil menggeleng kepalanya.
"Huh..?Habis Heungsu nak pergi mana.?"Tanya Taejun.Heungsu tidak menjawab soalan tersebut jadi Taejun mengajaknya tinggal bersamanya sementara waktu sehingga Heungsu bersedia untuk pulang menghadapi saudara-mara kedua orang tuanya.


  Taejun membawa Heungsu ke rumahnya dan mengemaskan bilik untuknya sebelum mula membawanya berjalan-jalan sekitar Seoul dan berhenti sebentar di studio ayahnya.
"Kita kat mana ni abang.?"Tanya Heungsu sambil memegang tangan Taejun.
"Kat studio abang..ayah abang..umm..Heungsu nak masuk dulu tak.?"Tanya Taejun.Heungsu hanya mengangguk kepalanya.Taejun menunjukkan Heungsu keadaan di dalam studionya.


  Heungsu bermain di dalam bilik rakaman dan secara tak sengaja menjumpai patung beruang besar di sebalik almari.Heungsu memeluk beruang tersebut sebelum menemui zip di belakangnya.
"Huh..?Apa ni.?"Katanya sambil terus menarik zip tersebut dan menjumpai beberapa paket serbuk putih.Sementara itu,Taejun berjalan di sekitar laman dan terjumpa satu kotak biru diletakkan di belakang semak yang berada bersebelahan pintu depan.
"Apa benda ni..?"Katanya sambil membuka kotak dan mendapati pemain kaset lama di dalamnya.


  Taejun duduk di sofa ketika Heungsu datang ke arahnya sambil bertanya tentang paket yang dijumpainya.Taejun meneliti paket tersebut buat sementara waktu.Seketika kemudian terdengar pintu depan studionya dibuka.
"Barang dah sampai ke.?Kat mana kau letak aku tak jumpa pun."Kedengaran suara seseorang bercakap melalui panggilan telefon.Taejun ke pintu depan untuk melihat orang yang datang dan mula terkejut,
"Hyun il..?Kau buat apa kat sini.?Macam mana kau tahu tempat ni.?Aku tak pernah cakap kat siapa pun pasal ayah aku."Katanya sambil memandang Hyun il yang sedang berdiri di depannya.


  "Taejun mana kau dapat tu.?"Tanya Hyun il terpandang akan pemain kaset lama yang dipegang Taejun.Hyun il cuba mengambilnya dari Taejun sebelum Taejun menolaknya ke tepi dan mendapatkan Heungsu yang duduk di sofa meneliti paket serbuk tersebut.
"Hyun il..apa ni.?"Tanya Taejun sambil menunjukkan paket serbuk putih yang dipegang Heungsu.
"fantasy...GBH."Jawab Hyun il perlahan.
"Serius...?Kau buat apa dengan ni..?!"Jerit Taejun sambil membaling paket tersebut ke lantai.Hyun il hanya mendiamkan dirinya dan terus masuk ke dalam bilik rakaman dan membawa beruang di belakang almari itu bersamanya lalu terus meninggalkan studio itu dan mula membuka bonet belakang keretanya yang diletakkan berhampiran studio.


  "Hyun il..Janganlah buat ni.."Kata Taejun sambil memegang lengan Hyun il.
"Kawan..ni last time..Tolonglah..Aku tak nak dia buat sesuatu kat Lee Sarang.."Mendengar Hyun il berkata sedemikian,Taejun terus melepaskan tangannya.
"Aku janji..Bagi aku beberapa hari je lagi..Nanti semua selesai."Kata Hyun il langsung masuk ke dalam keretanya.
"Tapi kau tak boleh buat macam ni lagi.!"Sebelum sempat Taejun meneruskan ayatnya,Hyun il sudah berlalu pergi.Taejun hanya mampu berdiri di situ,tergamam..


  Hyun il memandu pergi keretanya dan mula mengimbas kembali peristiwa yang berlaku beberapa tahun sebelumnya semasa 'penghantaran' keduanya.Malam itu,Hyun il bersama Shi yoon,yang merupakan salah seorang rakannya.Shi yoon,Hyun il dan Hanbyul agak rapat ketika di sekolah dan ketika itu mereka baru sahaja mengenali Jaehyun.Pada  malam itu,operasi mereka berjaya dihidu pihak polis dan beberapa orang daripadanya berjaya ditahan polis.Hyun il dan Shi yoon berjaya melarikan diri ke gudang berdekatan dan mendapatkan bantuan dari bapa Hyun il.


  Disebabkan kaki Shi yoon telah ditembak,dia tidak dapat bergerak.Mereka berada di gudang selama 10 minit sebelum beberapa kereta tiba.Bapa Hyun il keluar dari kereta dan menyuruh beberapa pengikutnya membawa Hyun il masuk ke dalam kereta sementara dia bercakap dengan Shi yoon.Beberapa minit kemudian Hyun il mendengar bunyi tembakan dari gudang tersebut.Disebabkan rasa ingin tahu,Hyun il keluar dari kereta dan melihat Shi yoon sudah rebah ke lantai dengan kepalanya berlumuran darah.


  "Hyun il! Masuk.!!"jerit bapanya setelah melihat Hyun il yang masih dalam keadaan terkejut berada di gudang.
"Kenapa ayah buat macam ni.?Kenapa ayah bunuh Shi yoon ?!Shi yoon cedera sikit je. Kenapa tak bawa dia?!"jerit Hyun il kepada ayahnya dan berusaha menjauhkan dirinya daripada ayahnya semasa ayahnya mendekatinya.
"Ayah dah cakap sebelum ni..sikit je silap habis kau.!!"dengus ayahnya."Bawa dia pergi.!"Sambungnya sambil berlalu meninggalkan Hyun il.
"Taknak.!!"Hyun il menjerit sebelum dia ditampar ayahnya.
"Budak tu dah buat ayah rugi beratus ribu.! Masuk kalau kau taknak orang lain macam tu.!"Balas ayahnya.Pada masa itu,Hyun il tidak mampu terus melawan ayahnya dan hanya menurut sahaja kehendaknya.


  "Jaehyun semua barang dah siap ke..?Huh lama lagi ke aku kena tunggu ni.?"Rungut Hanbyul menunggu Jaehyun selesai mengemas barang-barangnya untuk dibawa ke lapangan terbang petang itu.
"Kejap..Reakslah, flight kan malam ni.Sikit je lagi nak kena kemas ni.."Balas Jaehyun yang sibuk mengemas.
"Dah siap kemas ke.?Maaflah lambat sangat datang."Tanya Baemin yang baru melangkah masuk ke rumah Jaehyun.Melihatkan Jaehyun yang kelam kabut mengemas,Baemin memberikannya sedikit bantuan.


  Mereka sampai di lapangan terbang pada pukul 8.20,hanya sejam yang tinggal sebelum penerbangan.
"Kenapa lambat sangat.?"Tanya Taejun yang sudah berada di sana hampir 20 minit.
"Taejun..Hai Heungsu."Kata Hanbyul sambil melambai ke arah Heungsu yang sedang duduk kerusi bersebelahan Taejun.
"Mana Hyun il.?"Jaehyun bertanya sambil melihat sekeliling.
"Dia tak datanglah.."Balas Taejun.
"Tapi aku nak jumpa semua kawan aku buat kali terakhir.."Keluh Jaehyun.
"Tenanglah..Bukannya kau tak balik sini lagi..Lagipun kami pun boleh jumpa dengan kau bila masa je yang kami nak.."Jawab Baemin tersenyum.


  Tepat pukul 9.00 malam,Jaehyun dan Hanbyul masuk ke balai perlepasan masing-masing.Jaehyun mencari tempat duduknya sebaik masuk ke dalam pesawat.Sebaik pesawat mula berlepas,Jaehyun mula mengeluarkan mp3 yang dikirimkan ayahnya dan mula mendengarnya.Kedengaran suara bacaan surah Yaasin  yang dikirimkan.Dia membuka  Quran tafsir yang turut dikirimkan bersama sebelumnya,cuba membacanya mengikut rakaman mp3 itu.Setelah selesai membacanya,Jaehyun membuka tali pinggang keselamatannya dan berlalu ke tandas.


  Jaehyun menghabiskan masa yang agak lama di tandas sebelum pesawat mengalami sedikit gegaran.
"Kenapa pula ni..?"Soalnya sendirian cuba memegang benda sekelilingnya dan mula membuka pintu tandas.Tak lama kemudian kedengaran pengumuman yang dibuat anak kapal meminta semua penumpang duduk di tempat masing-masing dan memakai tali pinggang keselamatan akibat angin yang kuat di luar.


  Jaehyun berpaut pada kepala kerusi dan menuju ke tempat duduknya sebelum gegaran yang kedua berlaku.Kali ini ianya lebih kuat seolah-olah pesawat mula terjunam sedikit menyebabkan Jaehyun terjatuh ke lantai.Jaehyun cuba berdiri tetapi berlaku pula gegaran ketiga yang lebih teruk.Kali ini seluruh pesawat mula berpusing selepas bunyi guruh yang kuat kedengaran.Dari dalam, para penumpang boleh melihat salah satu sayap pesawat terbakar.Para penumpang mula cemas.Beberapa orang penumpang mula menangis ketakutan.Perlahan-lahan mereka dapat merasakan pesawat mula menjunam ke bawah.Jaehyun mula terapung sedikit dan cuba memegang salah satu kerusi.


  "Apa yang dah berlaku ni.?! Aku dah nak mati ke..?!Ya Allah.."Terdetik hati kecil Jaehyun sewaktu pesawat hampir mencecah ke bawah.
  


  



  

Birthday Killer (ajumma mian...) -part 7-

  "Siapa tadi tu..?"Tanya Baemin sambil sedang duduk di sofa ketika memandang Hyun il yang baru melangkah masuk ke  rumah Jaehyun.
"Huh..?!"Satu-satunya perkataan yang keluar dari mulut Hyun il yang masih dalam keadaan agak terkejut dengan soalan yang baru didengarnya.Hyun il terus mencari suis lampu.Sebaik menghidupkannya Hyun il mendapati Baemin sedang memberi renungan tajam terhadapnya.Hyun il terus mengendahkan Baemin dan berlalu ke biliknya.


  "Hyun il aku tanya ni. Siapa tadi tu.?Lagipun kenapa kau baru balik masa ni.?"Tanya Baemin sambil membuka pintu bilik Hyun il. Dia mendapati Hyun il sudah tidur.
"Umm..Esok je lah aku tanya budak ni."Dia berkata sambil terus menutup pintu bilik Hyun il.


  Keesokan paginya Baemin bangun agak lewat memandangkan ianya hujung minggu dan dia tidak perlu ke sekolah.Setelah selesai mandi dan bersarapan,Baemin terus menuju ke bilik Hyun il dan terus membuka pintu bilik tetapi tidak menjumpai Hyun il di dalamnya.
"Jaehyun..,nampak Hyun il tak.?"tanya Baemin sambil menutup pintu bilik dan memandang ke arah Jaehyun di dapur yang sedang menyiapkan bekalan makanan.
"Hyun il..?Oh..Dia dah keluar tadi.Dia cakap dia kena pergi ...humm...tak pastilah apa yang dia cakap tadi.."Katanya tanpa melihat ke arah Baemin sekali pun.


  Baemin ke dapur untuk meninjau keadaan Jaehyun."Woooo...Jaehyun kau buat semua ni ke..? Yang mana patut aku try dulu huh.?"katanya sambil cuba merasa sedikit makanan yang dibuat Jaehyun.
"Yang lebih tu..Ambillah..umm.Aku pergi dulu."Kata Jaehyun sambil jarinya menunjukkan lebihan makanan yang di atas meja dan tangan kirinya mencapai kot bajunya yang berada di sofa.Jaehyun memandang jam tangannya dan terus berlari keluar sambil berkata sendirian,"humm..Mak cik tu dah makan ke waktu ni..?patutnya aku pergi awal sikit.!huh..!"


  Setelah bangun dari tidur,Taejun mula melihat keadaan sekeliling dan tertanya-tanya pada dirinya,"Hah..macam mana aku boleh tak ingat aku datang sini semalam.?".Taejun mula berjalan sekitar studio tinggalan ayahnya itu dan melihat kembali gambar-gambar lamanya yang diambil bersama kedua orang tuanya beberapa tahun yang lalu.
"Bila ni..?Masa aku 13  14 tahun agaknya..Kenapa ayah nak simpan lagi gambar ni..?"Katanya sambil meneliti gambar tersebut buat seketika sebelum mula meninjau kembali keadaan studio ayahnya itu.
"Humm..Bila masa pula ayah ada patung beruang ni.?"Kata Taejun sendirian tertanya-tanya mengenai patung beruang besar yang disembunyikan di sebalik almari di bilik rakaman.Seketika kemudian Taejun terus berlalu masuk ke bilik air tanpa mengendahkan patung beruang tersebut.


  Setelah selesai mandi,Taejun berjalan di kawasan sekitar studio yang juga terletak di tengah-tengah bandar.Sedang mencari sarapan paginya,Taejun terpandang kedai menjual mainan yang secara langsung mengingatkannya kepada kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan bersama dengannya yang kini masih terlantar di hospital.Taejun langsung masuk ke dalam untuk membeli sesuatu.


   Taejun berjalan menuju ke hospital dan bertanya tentang kanak-kanak tersebut di kaunter hospital.Tak lama kemudian Taejun mula menuju ke biliknya."Park Heung Su."Nama yang tertera di pintu masuk bilik.Sebaik Taejun melangkah masuk,dia terkejut kerana Heungsu tidak berada di biliknya.
"Eh mana pulak budak ni.?"kata Taejun sambil melihat sekelilling bilik.
"Pak cik ni siapa.?"tanya satu suara yang datang dari arah belakangnya.


  Heungsu terus masuk ke biliknya tanpa menghiraukan Taejun yang sedang berdiri di pintu bilik.Taejun masuk ke dalam dan menarik kerusi dan duduk di sebelah Heungsu.
"Pak cik nak apa.?"Tanya Heungsu sambil memandang ke arah Taejun.Taejun hanya mengeluh mendengar panggilan Heungsu dan terus menyerahkan hadiah yang dibelinya kepada Heungsu.


  "Berapa umur kamu panggil abang pakcik..?Abang ni bukannya tua sangat pun..erm...Bila kamu sedar.?Masa abang keluar hari tu, kamu koma lagi."tanya Taejun.
"Koma tu apa..?"Tanya Heungsu sambil membuka hadiah yang baru diterimanya.
"Bila saya bangun huh..? Umm..sebelum sebelum semalam..Kenapa pakcik tanya.?"sambung Heungsu kembali.
"Kan abang dah cakap..panggil abang je..pakcik tu tua sangat."Balas Taejun sambil merungut.
"Mak cakap, semua yang lagi tua kena panggil macam tu.."
"Okay tapi lepas ni panggil Abang Taejun..okay.?"Kata Taejun.Heungsu hanya mengangguk kepalanya.
"Mana mak dengan ayah Heungsu..?Lelaki yang bawa kereta masa Heungsu kemalangan tu siapa.?"Sambung Taejun lagi.Heungsu hanya terdiam.


  Setelah beberapa ketika Heungsu mula menangis.Taejun cuba menenangkannya dengan memeluknya.Tak lama kemudian Heungsu berhenti menangis dan mula tertidur.Taejun meletakkan Heungsu di katilnnya perlahan-lahan sebelum meninggalkan bilik itu.Sebelum pintu bilik Heungsu tertutup, Taejun sempat mendengar Heungsu mengigau memanggil ibunya beberapa kali.


  Taejun ke kaunter untuk bertanya mengenai Heungsu dan mendapati bahawa Heungsu merupakan anak kepada hartawan Park Namsun yang telah meninggal beberapa bulan lalu dan kini dijaga pakciknya yang merupakan seorang kaki mabuk.Ibunya pula telah meninggal dua tahun lalu sebelum usianya mencecah lapan tahun.
"Oh...Patutlah macam pernah dengar je nama Park Heungsu.."kata Taejun sendirian.


  "Jaehyun..kamu datang lagi.?Kan nenek dah cakap tak payah datang..dah berapa kali Jaehyun datang tak pergi sekolah ke.?"Tanya nenek kepada Yu Jaesuk.
"Nenek, saya dah berhenti sekolah. Jadi, janganlah risau sangat..lagipun salah ke kalau saya datang bawa makanan.?"Kata Jaehyun pula.
"Nenek bukan tak suka kamu datang tapi bukan ke lebih baik kalau kamu buat macam ni kat keluarga kamu.?"Balas nenek itu pula.
"Neneklah keluarga saya sekarang ni.."Balas Jaehyun sambil tersenyum."Umm..Nenek tahu tak semalam Makcik Zus saya ada kirim sesuatu.."Kata Jaehyun sambil menunjukkan senaskah al-Quran tafsir.
"Siapa Mak cik Zus..?Ni buku apa .?"Tanya nenek itu setelah menelitinya.
"Ni...al-Quran.mungkin makcik saya nak suruh saya belajar agama tak.Makcik zus tu yang ajar saya semua pasal islam masa ayah dengan mak pergi kerja sebelum ni.."
"Hump.. dia sendiri pun tahu saya dah lama tak baca Quran.. tak ingat pun..."kata Jaehyun sambil terus membelek-belek halaman Quran tersebut.


  "Jaehyun..,nenek cuma nak tegur..ayah dengan makcik yang kamu cakapkan tu sekarang ni tengah cuba bagi kamu yang terbaik.Nenek mungkin tak tahu pasal agama kamu tapi kamu patut berpegang teguh dengan apa yang kamu percaya."Nenek Yu kemudiannya terus memegang tangan Jaehyun dan berkata,
"Jaehyun..baliklah...Ayah kamu masih sayang kamu.Jadilah anak yang baik.."katanya lagi.Jaehyun terus menangis mendengar nasihatnya.Jaehyun terus mengesat air matanya dan meminta diri untuk pulang dan memberitahu bahawa dia akan datang kembali keesokannya.


  Keesokannya Jaehyun datang agak lewat dari biasanya kerana menguruskan beberapa perkara terlebih dahulu.
"Nenek, saya dah datang..Saya bawa hadiah."jeritnya sebaik masuk ke dalam rumah.Jaehyun mencari nenek Yu di dalam rumah dan sekitar kawasan rumah tetapi tidak menjumpainya di mana-mana.Seketika kemudian lori pengantaran sampai di hadapan rumah nenek Yu.
"Kat mana nak letak ni..?"Tanya seorang pekerja penghantaran yang sedang mengangkat tv l.ed baru bersama seorang pembantunya masuk ke dalam.Jaehyun menunjukkan tempat yang sesuai.


  Jaehyun menunggu hampir dua jam di ruang tamu nenek Yu.Tak lama kemudian Jaehyun keluar dan terserempak dengan jiran nenek Yu yang baru pulang.
"huh..?Jaehyun..Kenapa ada kat sini ?Nenek Yu kan.."Ayatnya terhenti.
"Kenapa dengan nenek.?"Tanya Jaehyun.
"Nenek dah meninggal.Sekarang ni ada kat hospital.."balas jiran nenek Yu.
"huh..?"Jaehyun terus bertanya masih lagi kebingungan.


  Jaehyun terus berlari ke hospital sambil menangis.Cuaca sangat sejuk pada hari itu tetapi Jaehyun tetap berlari.Sesampainya di hospital,Jaehyun terus bertanya mengenai nenek Yu.
"Maaf encik ni keluarga ke.?"Tanya seorang petugas di situ.Jaehyun tidak dapat menjawab sebaik melihat mayat nenek Yu di katil hospital.
"Mak cik ni masuk hospital semalam sebab kesukaran bernafas.Dia meninggal pagi tadi."Sambung petugas itu.Jaehyun tidak dapat mengeluarkan sebarang kata-kata dan hanya terus menangis.Hati kecilnya terdetik,
"Betul ke tu nenek..?Nenek dah tak ada..?Nenek, maaflah kalau saya pernah buat silap...saya pun nak minta maaf pasal Jaesuk..lagi.dan lagi..berulang kali.."

Birthday Killer (ajumma mian...) -part 6-

  Taejun tidak sempat hadir perbicaraan Jaehyun disebabkan kemalangan tersebut.Sebaik sedar, Taejun melihat keadaan sekeliling dan berusaha mengingat kembali apa yang berlaku.Hanbyul berada di depan katilnya dan sedang menghubungi seseorang.Baemin sedang berbual dengan seseorang di sofa bersebelahan dengan pintu masuk.seseorang...
  "Huh..?Jaehyun....?"Kata Taejun cuba bangun dari kedudukan asalnya.


  Melihatkan Taejun yang sudah sedar,Hanbyul segera berlari ke arah katilnya dan terus duduk melutut di tepi katil sambil memegang tangannya.
"Taejun.."Katanya sambil mula menangis.Baemin terus memanggil doktor datang ke biliknya untuk memeriksa keadaan Taejun.


  "Hanbyul..kenapa Jaehyun ada kat sini..?Dah bebas ke.?"Tanya Taejun yang masih terlantar setelah selesai diperiksa doktor.
"Kawan,aku dah bebas lamalah.Kau yang 'tidur' lama sangat."Balas Jaehyun menghampiri katil Taejun.
"Lama mana.?"Tanya Taejun.
"Dalam seminggu kut...Kau 'tidur' masa aku tengah dibicarakan.Masa tu aku rasa nak nangis sebab kau tak datang.Endingnya aku pula yang datang jenguk kau kat sini."


  Seketika kemudian pintu bilik dibuka."Oh..Hyun il ?"Kata Baemin yang sedang mengupas buah di sisi Taejun.Hyun il masuk ke bilik Taejun sambil memegang tangan Lee Sarang.Sepanjang mereka berada di bilik Taejun,Lee Sarang tidak berkata apa-apa dan hanya duduk di sofa.


  Setelah tiga hari menjalani rawatan di hospital, Taejun dibenarkan pulang.Kecederaan Taejun tidaklah seteruk mana yang dialami mangsa lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut.Pemandunya meninggal di tempat kejadian dan kanak-kanak yang duduk di kerusi belakang pula parah dan masih dalam keadaan koma.Kemalangan berpunca akibat pemandu tersebut yang memandu dalam keadaan mabuk.


  Sebelum pulang, Taejun sempat singgah melihat keadaan kanak-kanak tersebut.
"Siapa dia tu sebenarnya.?"Taejun bertanya sambil berpaling ke arah Baemin yang berdiri di sebelahnya.Sebaliknya Baemin hanya terdiam dengan soalan yang diajukan tetapi Hanbyul yang menjawabnya,
"Polis cakap budak tu anak yatim. Mak ayah meninggal awal tahun lepas. So, penjaga dia yang mati tu...Ummp..Mungkin pak cik kut..Identiti dia tak dapat dikenalpasti sebab pemandu tu tak bawa sebarang pengenalan diri.Muka dan kebanyakan bahagian badan cedera teruk dan tak dapat dicam."


  Sehari selepas Taejun dibenarkan pulang, pertama kalinya Jaehyun memutuskan untuk melawat keluarga Yu Jaesuk.Setelah hampir sejam bertanya jalan untuk mencari rumah kediaman keluarga Yu,akhirnya Jaehyun menemui rumahnya.Keadaan rumahnya agak daif.Jaehyun mengetuk pintu rumah beberapa kali sebelum seorang wanita lanjut usia dan agak bongkok membukanya.


  "Ummp..ni rumah Yu Jaesuk ke..?"Jaehyun mula bertanya.Wanita itu terus mengangguk kepalanya dan mempelawa Jaehyun masuk ke dalam.Jaehyun masuk perlahan-lahan dan duduk di hadapan sebuah tv lama sambil melihat keadaan sekeliling. Sementara wanita tua itu pula masuk ke dapur untuk mengambil sesuatu.Ruangtamu rumahnya juga agak kecil dan terdapat abah-abah di syiling, tidak dibersihkan.Sejurus kemudian wanita tua itu keluar membawa sedulang makanan dan minuman lalu menghidangkannya di hadapan Jaehyun.


  "Ummp..mak cik tak perlulah.Saya datang ni pun sebab Jaesuk..saya nak...minta maaf..sebab..."sebelum sempat Jaehyun menghabiskan ayatnya,wanita tua itu memegang tangan Jaehyun dan mengangguk kepalanya tanda faham.
"Mak cik tahu...Jaesuk budak baik.Masa tinggal dengan ayah dia dulu pun dia tak pernah nangis sebab kena pukul.Mak cik ingat kalau mak cik yang jaga dia,dia taklah hidup susah macam tu lagi tapi mak cik rasa yang mak cik ni macam beban pula.Lepas sekolah dia kerja.Mak cik tahu dia letih tapi dia tak pernah merungut.Balik lewat pun tak pernah merungut dan buat juga ulangkaji sebab dia dah janji.."sebelum nenek Jaesuk sempat meneruskan Jaehyun memotong kata-katanya,
"Habis kenapa tak dakwa saya..? Saya yang bunuh dia.!"jeritnya.Mata Jaehyun mula merah menahan sebak.
"Sebab mak cik taknak musnahkan kehidupan orang lain..Kamu ni masih muda. Panjang lagi masa kamu.Buatlah yang terbaik untuk orang disekeliling kamu.."Jaehyun cuba membuka mulut untuk bercakap tapi dia tidak mampu menahan air matanya lagi dari terus mengalir.


  Nenek Jaesuk hanya memeluknya dan terus mengusap-usap belakang Jaehyun.Jaehyun berada di rumah tersebut hingga hampir pukul sepuluh malam sebelum nenek Jaesuk menyuruhnya pulang ke rumah.Jaehyun berjalan-jalan sekitar kawasan bandar, cuba untuk menenangkan diri selama hampir setengah jam.Tak lama selepas itu,Jaehyun terlihat Baemin dari jauh sedang menunggu bas.Jaehyun mula menghampirinya,secara tak sengaja terlihat seorang lelaki sedang memerhatikan Baemin.Lelaki tersebut berpakaian serba hitam dan memegang kamera.


  Jaehyun mula berlari ke arah Baemin ketika bas sampai dan terus menariknya masuk ke bahagian belakang bas.
"Huh..!Jaehyun.. kenapa ni..?"Tanya Baemin yang masih dalam keadaan terkejut dengan kehadiran Jaehyun secara tiba-tiba.Jaehyun melihat keluar tingkap bas dan menunjukkan kepada Baemin lelaki yang mencurigakan itu buat seketika sebelum bas mula bergerak meninggalkannya.


  "Nampak tak orang tu..?Dari tadi aku tengok dia macam tengah tengok kau.."Tanya Jaehyun sambil berpaling ke arah Baemin.
"Aku perasan juga.Akhir-akhir ni aku rasa macam ada yang memerhatikan aku je."Balas Baemin.Jaehyun yang mendengar kata-kata Baemin mula tersenyum sinis dan menyindir "Fangirl..?kejap..kejap..tadi tu lelakikan..?fanboy..?"
"Ummp..Ye kut."Balas Baemin tersenyum sambil menyiku perut Jaehyun."Aku serius ni."Katanya tak lama kemudian.
"Okay..okay...tapi kenapa kau naik bas..?"Soal Jaehyun kembali.
"Aku dah jual motor aku sebab rumah sewa tu."
"Serius.?!"Kata Jaehyun dalam keadaan terkejut."Aku tak tahu pun..!"Tambahnya lagi.
"Kau sorang je yang tahu pun..pasal orang tu tadi..sebenarnya aku dah nampak dia banyak kali sebelum ni,masa aku kerja pun kadang-kadang dia ada juga.aku tak pastilah dia tu nak buat apa."kata Baemin sambil menunggu reaksi dari Jaehyun.


  Baemin bermalam di rumah Jaehyun malam itu.Tepat pukul 3.00 pagi,Baemin terjaga.Dia ke dapur untuk mengambil segelas air sebelum naik ke tingkat dua dan terdengar bunyi motor di pagar depan.Baemin membuka tingkap untuk melihat keadaan luar dan kelihatan Hyun il masuk melalui pagar depan dengan memegang sekeping surat di tangannya sambil membacanya.Tak lama kemudian Baemin melihat Hyun il mengeluarkan lighter dari poket jaketnya dan membakar surat tersebut.
"Huh ? Budak tu buat apa.?"Katanya,tertanya-tanya perbuatan Hyun il.


Birthday killer (ajumma mian...) -part 5-

  "Huh.!apa tak kena dengan budak ni.?!"Rungut Hanbyul setelah membaca teks pesanan ringkas yang baru diterimanya.Baemin yang baru pulang juga turut mendengar rungutan tersebut bertanya,
"apa halnya ni.?siapa yang mesej tu.?"
"Jaehyun..!aku rasa kita kena pergi balai sekarang ni.!"balas Hanbyul sambil mengambil kot dan kunci motornya.Sambil menuju ke pintu,Hanbyul menelefon ayahnya yang juga merupakan seorang peguam kepada syarikat milik ayah Jaehyun.


  Sesampainya mereka di sana,mereka tidak menjumpai Jaehyun di mana-mana.5 minit kemudian ayah Hanbyul,peguam Jang sampai ke balai.
"Mana Jaehyun.?"Tanya peguam Jang.
"Tak tahu..."Balas Hanbyul sambil melihat keadaan sekelilingnya.
"Baliklah..nanti ayah uruskan."Kata peguam Jang sambil menepuk bahu anaknya.Hanbyul tidak membalas dan terus pulang ke rumah Jaehyun.


  Taejun pulang dengan keadaan hampa ke rumahnya.Taejun duduk di sofa rumahnya dan mula memandang sekeliling dan terlihat sampul surat di atas meja di tepi pintu.Dia mula menghampiri meja tersebut dan memegang sampul surat dan membelek-beleknya.
"Huh..?kat mana aku  ambil surat ni huh..?tah lah rasa macam ada orang bagi."soalnya sendirian.Disebabkan kebanyakan masanya dihabiskan di rumah Jaehyun,Taejun tidak perasan akan barang-barang yang ditinggalkannya di rumah.


  Taejun mula membuka sampul surat tersebut dan mengeluarkan surat di dalamnya.Isinya berbunyi,
"Taejun..aku pernah suka kau dulu tapi sekarang ni aku rasa perasaan tu macam dah hilang.aku pun taknak beritahu kau apa-apa pun pasal ni sebab Hyun il yang suruh...
aku pindah 15 haribulan ni.aku rasa kau tak peduli pun.aku cuma nak cakap yang bayi yang kau suruh gugurkan dulu..baru je  hilang..aku ingat nak simpan dia tapi... 
sejujurnya aku memang salahkan kau dalam hal ni.!kenapa kau buat macam tu.?!aku tulis ni pun sebab nak tanya kau satu benda je.... KENAPA KAU TAK SUKA TENGOK AKU GEMBIRA ?!"

  Isi surat tersebut tamat sampai disitu sahaja.Taejun mula berasa sebak membaca surat tersebut.Di dalam sampul surat itu terdapat beberapa keping gambar.Gambar pertama dan kedua merupakan gambar Taejun bersama Lee sarang semasa mereka masih bersama dulu tetapi gambar Lee sarang telah dikoyakkan dan hanya gambar Tajun yang tertinggal.Gambar seturusnya adalah gambar Taejun yang masih disimpan Lee sarang dan gambar ultrasound bayi mereka.


  Melihat gambar-gambar itu,Taejun terkedu seolah-olah tiada apa yang hendak dikatakan.Sejurus kemudian Taejun segera masuk ke bilik dan terus mengambil kot dan kunci keretanya menuju ke rumah Jaehyun.
"Hyun il.!"Taejun terus memanggilnya setibanya Taejun di pintu depan rumah tersebut.
"Hyun il..kat mana dia.?"Taejun bertanyakan Baemin yang sedang duduk di sofa.Baemin tidak menjawabnya sebaliknya hanya memandangnya sebelum Taejun meluru ke bilik Hyun il.Melihatkan Taejun yang sibuk mencari Hyun il,Baemin berkata,
"Hyun il..tak tahu kat mana dia..kenapa.?risau..?huh..!kau tak risau pun kawan kau kat penjara sekarang ni."Baemin mula menyindirnya dan terus berlalu dari situ.Taejun tergamam mendengar semua yang keluar dari mulut Hyun il dan mula menyandar ke dinding sambil menangis.


  "Jaehyun sekarang ni dah buat pengakuan jadi..saya sendiri pun tak pasti boleh ikat jamin ke tak......ye..ye..saya faham tu...nanti saya uruskan.."peguam Jang meletakkan ganggang telefonnya dan teruskan perbualannya dengan Jaehyun.Tepat jam 11.30 pagi,peguam Jang berlalu pergi dan Taejun masuk ke dalam.
"Jae.."Taejun menarik kerusi di hadapan Jaehyun dan terus duduk.Lima minit berlalu Taejun hanya duduk tanpa berkata apa-apa.Sejurus Taejun mula bercakap Jaehyun berlalu pergi menuju ke pintu tanpa mempedulikan apa yang ingin dikatakan Taejun.Itulah kali terakhir Jaehyun menemui rakannya sebelum perbicaraan bermula.


  perbicaraan Jaehyun bermula pada 23 haribulan.Disebabkan tiada sebarang  dakwaan dari keluarga mangsa dikeluarkan,peluang Jaehyun untuk bebas amat cerah ditambah pula dengan adanya pengaruh bapanya.Sepanjang tempoh perbicaraan berlangsung Hyun il masih tidak dapat dihubungi .Taejun pula pergi ke Busan kerana ingin terus mencari Lee sarang.


  Taejun keluar dari kereta porsche birunya."haaah.."katanya sambil melapangkan kedua-dua tangan sambil menghirup udara segar.Keretanya diletakkan di kawasan letak kereta di pelabuhan.Berhampiran kawasan pelabuhan terdapat kawasan pasar.Taejun berjalan masuk ke kawasan pasar dimana terdapat beberapa peniaga yang mula membuka gerai.
"mak cik.,maaf tapi saya nak tanya mak cik tahu tak tempat ni kat mana.?"Katanya sambil menunjukkan kertas yang tertera alamat Lee sarang diatasnya.


  Penjual tersebut membaca alamat yang tertera dan terus menghampiri seorang lagi penjual yang lebih berusia dan menunjukkan kertas tersebut sambil berbual dalam dialek Busan yang kurang difahami Taejun.Taejun hanya berdiri di luar gerai sambil menunggu jawapan dari penjual itu.Seketika kemudian,penjual yang agak berusia datang menghampirinya dan berkata,
  "Kenapa nak pergi rumah dia ni.?Detektif ni takkan suka pun.... Anak dia baru saja mati.Baliklah..Lagipun buat apa nak cari orang pagi-pagi ni? Tak ada orang pun yang dah bangun.."sambil melambai tangannya mengarahkan Taejun pergi.


  Sedang Taejun berjalan menuju ke keretanya,dia melihat seorang lelaki memakai pakaian sukan sedang menendang tayar keretanya.Taejun tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas disebabkan hari masih gelap namun setelah menghampirinya,
"Huh.?Detektif..?"katanya dengan gembira.
"Hah.?Tae..Taejun..?Kenapa...?Huh.!! Kereta dia betul ke.?!"keluhnya sambil menuding jari ke arah Taejun


  Taejun segera menghampiri detektif dan memegang lengannya sebelum sempat Detektif Lee melarikan diri.Taejun dan Detektif Lee duduk di bangku di kawasan berdekatan sambil berbual,
"Detektif...saya dah dengar pasal Lee Sarang..maaflah..."katanya sambil tunduk ke bawah.
"Huh..? Kau tahu ?."katanya sedikit terkejut.Taejun mula mengangkat kepalanya dan memandang Detektif Lee.
"Detektif..,macam mana detektif tahu tu kereta saya.?"tanya Taejun.
"Huh..?"sambil melihat Taejun."aku tak tahu pun. Cuma aku rasa marah sebab ada orang guna kereta yang sama."balas Detektif Lee.Taejun yang mendengarnya terus tersenyum.
"Sebab tulah saya cemburukan Lee Sarang...dia ada ayah yang baik.."katanya lagi sambil mula menunduk ke bawah.Perbualan mereka hanya  sekejap sebelum Detektif Lee meminta diri untuk berlalu pergi.


  Taejun memutuskan untuk tinggal di Busan selama beberapa hari sebelum perbicaraan terakhir Jaehyun.Taejun memandu keretanya di sekitar kawasan bandar dan menetap di salah sebuah hotel di kawasan pinggir laut.Pada malam kedua,Taejun berjalan di kawasan pantai.Kelihatan dari jauh kelihatan seorang yang amat dikenalinya.Sebelum sempat Taejun menghampirinya,datang seorang lelaki membawa minuman ke arahnya sambil tersenyum.
"Lee Sarang...apa dia buat kat situ.?"katanya sendirian.Taejun kemudiannya segera mengeluarkan phonenya dari poket kot dan terus menghubungi Hyun il.


  "Oh Taejun..ada apa.? Nantilah aku call balik .Aku sibuklah."Sebelum sempat Hyun il meletakkan gagang telefon,Taejun mula bertanya."Hyun il kau kat mana.?"
"Huh..?Aku.?? Ummp..kat mana-manalah. Nanti aku baliklah..Bye."balas Hyun il lalu terus menekan pada punat telefon yang berwarna merah.Taejun memerhatikan Lee Sarang dari jauh.Lee Sarang kelihatan gembira bersama Hyun il jadi Taejun tak mahu merosakkan suasana tersebut lalu terus berlalu perlahan-lahan dari situ.


  Taejun duduk di dalam keretanya sambil menahan sebak.
"Lee Sarang...memang taknak jumpa aku ke.?Mak cik kat pasar tu pun...mesti dia dah tahu..takkanlah dia nak bohong kut...sampai macam tu ke diorang taknak bagi aku jumpa dengan dia.?"fikir Taejun sendirian.


  Dua hari berlalu semenjak Taejun melihat Lee Sarang.Taejun memandu keretanya dalam perjalanan pulang ke Seoul untuk menghadiri perbicaraan Jaehyun yang akan bermula beberapa jam sahaja lagi.Taejun memutuskan untuk singgah ke rumahnya terlebih dahulu sebelum ke mahkamah.Semasa sedang memasuki selekoh sebelah kanan berhampiran rumahnya, sebuah kereta yang dipandu laju merempuh bahagian kanan badan keretanya.


  Orang ramai yang melihat kejadian tersebut segera menghubungi ambulans.Taejun dan seorang pemandu lain bersama-sama seorang kanak-kanak dikejarkan ke hospital.Taejun masih dalam keadaan separa sedar semasa dibawa ke hospital.
"apa....dah..berlaku..?"katanya sebelum mula pengsan.


  

Birthday killer (ajumma mian...) -part4-

  Hyun il mengeluarkan telefonnya dari poket dengan tangannya yang terketar-ketar menahan sakit.Dia mula mendail nombor di telefonnya, cuba menelefon seseorang.
"Minhyuk..boleh tak datang sini.?..kat rumah..Jaehyun.."katanya tesekat-sekat.
Sementara menunggu Minhyuk datang,Baemin merawat luka-luka kecil di badan Hyun il.
"Baemin,siapa Minhyuk.?"tanya Taejun yang sibuk membantu Baemin membuang tisu-tisu yang penuh dengan kesan darah.Baemin tidak menjawab soalan yang diajukan seolah-olah tidak mendengar soalan tersebut.


  20 minit berlalu sebelum sampai seorang lelaki menaiki motorsikal ke rumah Jaehyun.Lelaki bertopi keledar itu memperkenalkan dirinya sebagai Minhyuk.Minhyuk duduk disebelah Hyun il dan terus membuka topi keledarnya dan meletakkan begnya di sebelah.Dia membuka begnya dan terus mengeluarkan beberapa peralatan pembedahan.


  Minhyuk mula memotang seluar Hyun il hingga ke paras lutut dan membersihkan darah yang masih berada pada betis kanannya.Setelah selesai membersihkan kesan darah tersebut,dia mula mengeluarkan peluru yang masih berada di dalam betis kanan Hyun il.Hyun il terus menahan sakit dengan menggigit tuala yang diberikan oleh Minhyuk sebelum mula mengeluarkan peluru tersebut dan mula membalut luka tersebut.Mereka yang berada di situ termangu melihat kepakaran Minhyuk.


  Minhyuk terus berlalu pergi setelah kerjanya selesai dan Hyun il pula sudah selesai dirawat.Baemin terus mengesat peluh yang terdapat di dahi Hyun il dengan air suam.Sepanjang proses rawatan berlangsung Jaehyun langsung tidak menjenguk keadaan Hyun il dan hanya berehat di dalam biliknya.Keesokan harinya demam Hyun il semakin surut.


  "Hyun il,kenapa kau tak nak pergi hospital huh.?"Tanya Hanbyul yang keliru dengan perlakuan Hyun il.Mereka sedar sejak Lee sarang mula pindah Hyun il banyak bersendirian dan sering ponteng sekolah.Mendengar soalan Hanbyul itu,Hyun il hanya memandangnya dan terus berlalu pergi.
"Huh..!budak tu apa yang disembunyikan agaknya."balas Taejun yang kebetulan berada di situ.


  "Hyun il kau dah okay ke.? Nampak macam tulah dah boleh jalan lagi."Tanya Baemin yang kehairanan melihat Hyun il yang mampu bergerak kesana sini dengan kaki masih berbalut.Sudah dua minggu kejadian itu berlaku.Walaupun begitu,Hyun il sudah banyak keluar berjalan di luar.


  Setelah selesai kelas waktu kedua,cikgu mula bertanyakan Hanbyul,
"Kenapa Hyun il masih tidak hadir.?Ada apa-apa yang patut saya tahu ke.?Dah lama juga ni..ummp..hari tu pun dia minta cuti untuk seminggu je sekarang ni dah dekat sebulan. Apa masalahnya.?"
"Umm...Hyun il ada masalah baru-baru ni.Dia tak boleh datang lagi sebab keluarga...kut ( dengan nada yang perlahan Hanbyul menuturkannya ).."jawapannya terhenti sampai di situ.
"Hyun il ni memang masalah betullah sekarang ni..Jaehyun pun satu hal.Kenapa pula nak berhenti tiba-tiba je."Cikgunya mula merungut.
"Huh..?Jaehyun berhenti..?!" Hanbyul tersentak dengan penjelasan yang diberikan gurunya itu.


  "Jaehyun,kenapa pula kau nak berhenti sekolah huh..?"Tanya Hanbyul yang baru sahaja tiba di rumah Jaehyun.Jaehyun tidak menjawab soalan tersebut.
"Takkanlah kau memang nak balik Malaysia kut..?Aku ingat kau dah cancel dah."Tanya Hanbyul lebih lanjut.
"Adalah..aku tak balik kut. Tapi ada sesuatu yang aku nak buat"jelas Jaehyun.


  Sedang leka Hanbyul dan Jaehyun bercakap,Hyun il keluar dari biliknya ke laman rumah Jaehyun.Seketika kemudian sebuah kereta putih meluncur laju di pintu hadapan rumah Jaehyun.Dua orang lelaki keluar dari kenderaan tersebut dan terus mengheret Hyun il masuk ke dalam. Hanbyul dan Jaehyun yang masih di dapur pula tidak sedar akan kehilangan Hyun il.


  "Hanbyul..aku nak keluarlah.boleh tolong telefon teksi tak.?"Arah Jaehyun kepada Hanbyul.
"Huh..?kenapa nak guna teksi pula ambil je motor aku kalau nak."Balas Hanbyul."Telefon teksi sendiri pun tak boleh ke.?"tambahnya lagi dengan perlahan.Jaehyun seolah-olah tidak mendengar apa yang dikatakan Hanbyul terus menghulurkan telefon dan masuk ke bilik untuk mengambil kot bajunya dan dompetnya.Sejurus teksi datang,Jaehyun terus keluar.


  Pada malam itu,Baemin datang dengan membawa bungkusan makanan segera ke rumah Jaehyun.
"Nah makanlah..bubur tu tolong beri kat Hyun il"Arah Baemin kepada Hanbyul sambil menghulurkan bungkusan tersebut.
"Okay.,jap aku tengok dia ada tak kat dalam bilik."Kata Hanbyul sambil membawa bubur yang baru dibeli Baemin tadi ke bilik Hyun il."Hyun il..."Panggilnya sambil membuka pintu bilik.
"Mana pula dia ni.?"Hanbyul terus mencari di bilik air dan ruang lain tetapi tidak menjumpai Hyun il.


  "Baemin..,Hyun il tak ada kat bilik dia."Mendengar itu,Baemin terus masuk ke bilik untuk memeriksanya sekali lagi.
"Huh..! Mana dia pergi sejuk-sejuk ni.?"Rungutnya.
"Takkanlah dia pergi jauh kut.? Tapi baju sejuk dengan barang-barang dia yang lain ada kat sini."balas Hanbyul pula.Baemin keluar untuk mencari Hyun il sementara Hanbyul pula menunggu Hyun il di rumah.


  Sejak tamat waktu persekolahan,Taejun berjalan-jalan di sekitar bandar dan kawasan perumahan.Sampai di pintu pagar hadapan sebuah rumah,Taejun berhenti dan memandang rumah itu untuk seketika.Taejun memberanikan diri dan menekan loceng rumah.Setelah beberapa kali menekan loceng,seorang wanita pertengahan umur keluar.
"Siapa..?...Cari siapa.?"Tanya perempuan tersebut.Taejun terkejut melihat wanita asing di rumah tersebut.
"Orang yang tinggal kat sini ada.?"tanya Taejun.
"Sayalah."jawab wanita itu.
"Huh..?mana budak perempuan dengan detektif yang tinggal kat sini.?"tanya Taejun lagi.
"Oh..orang sebelum ni ke.?Dah lama mereka pindah. Makcik pun tak tahu.."balasnya kemudian menutup pagar.


  "Ring..ring.."Telefon mula berbunyi."Hello.?"Hanbyul bertanya. Sebelum sempat Hanbyul bertanya dengan lebih lanjut,pemanggil berkata,"Hanbyul..aku ni..Aku ada kat luar sekarang ni.Ayah aku datang tadi, kau janganlah risau.okaylah aku pun tak boleh cakap lama ni.."sebelum sempat ayatnya dihabiskan telefon telah diletakkan.Hanbyul menghubungi Baemin dan memberitahunya tentang panggilan yang baru diterimanya.


  Sementara itu,Jaehyun pula sedang berada di hadapan balai polis.Walaupun agak gementar, dia memberanikan diri dan terus masuk ke dalam.Semasa di dalam,Jaehyun menghantar pesanan ringkas kepada Hanbyul yang berbunyi:
"Hanbyul..,aku kat balai sekarang ni.Terima kasih sebab tolong aku selama ni tapi aku tak boleh hidup dalam ketakutan selamanya."
Setelah selesai menghantar  pesanan ringkas tersebut,Jaehyun terus duduk di depan seorang pegawai polis dan berkata,
"Saya...Saya yang bertanggungjawab atas pembunuhan dia. Saya yang bunuh dia.Yu Jaesuk."

Birthday killer (ajumma mian..) -part 3-

  Hyun il membuka pintu bilik Lee Sarang.Sudah tiga hari Lee Sarang dimasukkan ke hospital.Lee sarang sedang asyik melihat keluar tingkap tanpa perasan akan kehadiran Hyun il.
"Sarang..kau Okay ke.?"Hyun il mula bertanya sambil meletakkan sebakul buah di atas meja sebelah katil Lee Sarang.Lee Sarang hanya memandangnya tanpa berkata apa-apa.Wajahnya kelihatan sedih.


  "Erk..Sarang..ayah keluar dulu.cakaplah ape pun yang kau nak cakap sekarang."kata Detektif Lee sambil berlalu pergi."Sarang ape masalahnye..? Kenapa kau ditahan kat hospital lama-lama ni.?"tanya Hyun il. Lee Sarang tidak menjawab soalan yang diajukan Hyun il dan terus berdiam diri sambil memandang keluar.Setelah seketika,Lee Sarang mula menangis dan berkata,"Hyun il..,Aku keguguran.".Hyun il terkejut dengan jawapan yang diberikan Lee Sarang.
"Aku ingat kau dah gugurkan masa mula masuk sekolah semula?"
"tak..aku tak nak pun...tu..cikgu yang suruh buat kalau nak sekolah lagi...sekurang-kurangnya mungkin takde siapa pun yang tahu sampai akhir tahun ni."balasnya.Sejurus selesai perbualan mereka,Hyun il berlalu dari situ


  Hyun il pergi ke rumah Taejun dalam keadaan serba salah.Sejurus Hyun il melihat Taejun,dia terus memukulnya.Baemin dan Hanbyul yang kebetulan berada di tempat kejadian pula cuba menghalang Hyun il.
"Tengoklah apa yang kau dah buat.!! Hidup die tak patut macam ni.! Bapa jenis ape yang dah bunuh anak die.?!"Hyun il mula menengking Taejun.Taejun terus masuk ke biliknya tanpa mempedulikan kata-kata Hyun il.Dalam keadaan marah,Hyun il terus pulang ke rumah.


  Setelah tamat tempoh hukuman,Taejun kembali ke sekolah.Keadaan di sekolah masih seperti biasa memandangkan berita kejadian tersebut tidak tersebar.Pada hari itu,Lee Sarang tidak hadir ke sekolah.Semasa sedang mengambil buku dari bawah mejanya,Taejun menemui sepucuk surat yang diselitkan disebalik buku-bukunya.Taejun terus memasukkan surat itu kedalam beg tanpa membaca nama pengirimnya.


  Semasa sedang berjalan di sekitar kawasan bandar,Baemin terpandang berita yang menyiarkan tentang bapanya yang telah memenangi pilihanraya yang diadakan baru-baru ini.
"Berita selanjutnya.pihak polis telah berjaya mengesan kedudukan suspek yang terlibat dalam pembunuhan pelajar Yu Jaesuk,salah seorang pelajar Sekolah Tinggi Kwangmin dua bulan yang lalu.Suspek telah ditemui mati menggantung dirinya ketika diserbu polis."Mendengar berita tersebut,Baemin segera berlari ke rumah Jaehyun.


  "Mana budak tu.?"Soalan yang pertama keluar dari mulut Baemin ketika sampai di rumah Jaehyun.
"Baemin...Jaehyun ade kat dalam bilik.Dari tadi die kat dalam tu aku pun tak tahu nak buat ape ni."Hanbyul membalas.Seketika kemudian,Jaehyun keluar."Hanbyul...aku tak tahu.."Jaehyun mula berkata."Patut ke aku serah diri..? tapi aku..takut sangat..."sambungnya sambil menangis.Disebalik kedegilan dan keegoan Jaehyun,masih terdapat perasaan bersalah di dalam dirinya atas segala perbuatannya.


  Selang beberapa hari,Baemin mula mengemas begnya dan bersiap untuk berpindah dari studio Hanbyul.
"Kau ni memang serius ke nak pindah.?"Hanbyul mula bertanya."kat mana tempat kau nanti aku boleh tolong hantarkan barang-barang yang tinggal.lagipun buat apa pindah ? tinggal sini tak boleh ke.?"Hanbyul terus menyoal.
"Han.,maaflah lama sangat aku tinggal kat sini.tempat aku nanti bila dah siap kemas baru aku ajak kau.Lagipun aku pindah ni pun bukannya sebab apa..aku just nak tunjuk kat ayah aku yang aku ni pun boleh berdikari je."balas Baemin."dah aku pergi dululah."katanya lagi setelah selesai berkemas sambil menuju ke pintu.


  Setelah siap mengemas barang-barangnya,Lee Sarang mendapat satu mesej dari Hyun il ,
"Sarang,boleh jumpa tak hari ni..kat tempat biasa pukul 9.00 malam ni."
  Setelah melihat teks mesej yang diterimanya,Lee sarang mengeluarkan sehelai blouse yang telah dikemaskan sebelum ini dari dalam beg.


   Jam menunjukkan pukul 9.06 malam,Lee Sarang segera turun dari tingkat dua rumahnya.
"ayah..boleh hantar saya tak ?.kat Hangang."Tanya Lee sarang.
"mesti ke..?dah lewat ni.Sarang pun bukannya sembuh sangat pun..lagipun ayah malaslah nak keluar."
"ayah...tapi malam ni je Sarang boleh keluar esokkan kite dah nak pergi..umm..boleh..?"
"huh.."keluh detektif Lee sambil berjalan menuju ke biliknya untuk bersiap."Tapi ayah ada dekat tau.!"balasnya lagi.
"Okay..Sarang tak kisah."balasnya sambil tersenyum.



   Setibanya Sarang di situ,Hyun il sudah pun lama menunggu.Blouse hijau yang dipakai Lee Sarang dapat dicam Hyun il dari jauh."oh Sarang..!kat sini.."Jeritnya sambil melambai-lambai tangan ke arah Lee Sarang,Detektif Lee pula berada di sebelahnya.Mereka berjalan-jalan sekitar Sungai Hangang dan mengambil beberapa gambar sebagai kenangan.Sambil mereka asyik bercakap,Hyun il meminta diri untuk membelikan mereka sesuatu untuk dimakan dan mula pergi ke arah kedai serbaneka yang berdekatan.


  Hyun il meletakkan barang-barang yang telah dibeli tadi ke atas kaunter bayaran."tolong kirakan yang ni juga."katanya sambil meletakkan coklat ke atas kaunter.Ketika hendak membuat pembayaran,Hyun il terkejut melihat muka juruwang di kedai tersebut.
"Baemin.?! kau buat apa kat sini.?"
"Rasanya salah orang kut.."Balas juruwang tersebut sambil menarik topi yang dipakainya ke depan.
"Aku tahulah kau tu.!"Katanya lagi sambil menarik topi yang dipakai juruwang  itu.
"Maaflah sebab aku tak cakap kawan..,aku pun tak tahu nak cerita macam mana...aku..dah habiskan semua duit yang aku bawa masa tinggalkan rumah jadi..sebab tu.."Ayatnya terhenti.Mereka berbual seketika dan Hyun il menghabiskan masa yang agak lama di sana.


  Setelah selesai berbual dengan Baemin di kedai runcit,Hyun il kembali pada Lee Sarang dan ayahnya.
"Maaflah lama,tadi ada hal sikit."katanya sambil menghulurkan coklat dan minuman yang baru dibelinya.Sejurus kemudian,Lee Sarang dan ayahnya meminta diri untuk pulang kerana hari sudah lewat.Sebelum pulang,Hyun il memberikan Lee Sarang sekotak hadiah berserta dengan barang-barang sekolahnya yang telah siap dikemas sambil berkata,"ni hadiah hari jadi tahun depan,takut kita tak jumpa dah tahun depan jadi...ummp.,ambillah"


  "Jaehyun,nak pergi makan tak.?ke nak pesan je.?"Tanya Hanbyul."Hanbyul..,kalau aku serah diri sekarang macam mana.?aku kena gantung tak.?boleh kau tanya ayah kau...anggaplah ni permintaan aku."Kata Jaehyun.Hanbyul tidak menjawab persoalan tersebut sebaliknya terus menelefon kedai makanan segera dan membuat pesanan."Ayah aku bagi aku ni.."Kata Jaehyun sambil menunjukkan tiket penerbangan ke Malaysia.
"Ikutlah cakap ayah kau kali ni..lupakan apa yang dah berlaku,baliklah.lagipun,bukannya mak kau nak kisahkan hidup kau lagi sekarang ni dia pun sibuk dengan keluarga dia sendiri.Dulu mungkinlah..dia tak jenguk pun kau beberapa tahun ni."Balas Hanbyul.
"Aku pun fikir  macam tu juga..aku mungkin pergi bulan depan kut..takde tarikh pun kat tiket ni."Balas Jaehyun pula.


  Seminggu berlalu setelah Lee Sarang pindah,Taejun leka memandang meja Lee Sarang yang kosong."Hyun il,kenapa meja Sarang kosong.?buku dia kat mana..?dah lama aku tak nampak dia."Katanya kepada Hyun il.Hyun il senyap tidak menjawab sebaliknya hanya mengeluh kehampaan.
"mesej masuk..mesej masuk.."Handphone Hyun il berbunyi.Setelah melihat isi kandungan mesej,Hyun il meminta izin untuk keluar kelas.
"huh..?mana budak tu nak pergi pulak ni.?"Tanya Taejun sendirian.


  "Bila pesawat kau berlepas.?"Tanya Hanbyul ingin tahu."2.45 petang esok."Balas Jaehyun sambil mengemas barang-barangnya.Sambil Hanbyul sibuk membantu Jaehyun mengemas barang-barangnya,Taejun pula termenung melihat siaran berita yang sedang disiarkan.Salji mula turun di luar rumah.


  Dalam keadaan cuaca yang sejuk itu,tiba-tiba pintu dibuka dengan kuatnya.Angin sejuk dari mula masuk ke dalam.Taejun,Jaehyun dan Hanbyul berpaling dan kelihatan Baemin sedang mengangkat Hyun il di belakngnya.
"korang cepat tolong aku ambilkan sesuatu nak balut luka dia ni.."Jerit Baemin pada semua yang ada disitu.Hyun il pula sedang menahan kesakitan.
"apa halnya ni.?kenapa pula dengan dia ni.?"Tanya Hanbyul untuk mendapat penjelasan.Baemin tidak menjawab dan terus meletakkan Hyun il di atas sofa.Seluruh badan Hyun il cedera dan lengan kirinya pula berdarah akibat terkena tembakan.


  "Aku call ambulan dulu..kejap"kata Taejun sambil mendail nombor hospital.Sebelum sempat Taejun bercakap di telefon,Hyun il menghentikannya,"tak...jangan..jangan telefon sesiapa pun......nanti jadi lagi teruk pula....ha..hah...aaaaaah..."katanya dengan nada keletihan.Taejun terus meletakkan telefon tersebut.Sejurus kemudian,Hyun il pengsan dan tidak sedarkan diri.

  "apa..apa yang dah berlaku ni..?"Tanya Jaehyun dalam keadaan ketakutan sambil berdiri di sebelah Hyun il.

birthday killer (ajumma mian...) -part 2-

 Sudah dua bulan sejak peristiwa hitam itu berlalu.Walaupun kejadian itu tidak lagi disebut-sebut para pelajar sekolah itu,Jaehyun masih berasa risau akan kemungkinan yang mungkin berlaku.Seul gi masih lagi tidak dijumpai.Sekolah masih berjalan seperti biasa namun perangai Jaehyun sudah mula menampakkan banyak perubahan.
"Jaehyun...Jaehyun..!"Lee Sarang memanggil Jaehyun tapi Jaehyun tidak menunjukkan sebarang tindak balas.Lee Sarang menghampiri Jaehyun lalu memegang bahunya."huh..!oh Sarang...kenapa ni..?"Jaehyun tersentak.
"Ade nampak Hyun il tak.?Rase macam die lalu kat sini tadi"Lee Sarang mula bertanya.
"Huh..?Tak pastilah"Jaehyun membalas.Lee Sarang mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.


 "Oh Hyun il..!"Lee Sarang mula memanggil Hyun il dari jauh."Hyun il, Jaehyun nampak peliklah.Ni.. buku yang hari tu..."Lee sarang menghulurkan buku yang dipinjamnya."kau dengan Taejun ade masalah ke..?semalam nampak macam kau dengan Taejun gaduh..apehal..?"Lee sarang mula bertanya.

"ummp.? taklah..ah,lupe pulak.tadaa..!"Hyun il mengeluarkan dua tiket wayang dari poketnya."Esok,5 petang..ingat tau..pergi dulu."Hyun il terus berlalu pergi.


 "Hanbyul..ummph..boleh tak aku nak pinjam motor kau petang nanti.?aku kene pergi satu tempat nanti.. lepas sekolah."Bae min bertanya."huh.?nak pergi mane biar aku hantar.Kata Hanbyul cuba menolong.

"Takpe..aku rase hari ni nak bersendirian..kunci.?"Balas Bae min sambil meminta kunci motor.Hanbyul terus menghulurkan kunci tanpa berkata panjang.


 Petang itu,jam menunjukkan pukul 4.50 petang Lee sarang mula bergegas ke pawagam yang dijanjikan.Setibanya disana,kelihatan dari jauh seseorang yang tidak mahu ditemuinya pada waktu itu.

"Taejun..."seketika kemudian Lee sarang mengeluarkan handphonenya dan mula menelefon Hyun il."Sarang masuklah dulu,Hyun il datang lewat kut"kata Hyun il dari panggilan yang dibuat Lee sarang.


 Lee sarang mula mencari tempat duduk sebaik masuk.Seketika kemudian,seorang lelaki duduk disebelahnya.sejurus itu,Lee sarang berpaling dan mula berkata,

"Hyun il.?huh..Taejun...ape yang Taejun buat kat sini mane Hyun il.?"Lee sarang mula mempersoalkan kehadiran Taejun.


 "Teka..hari ni Hyun il sibuk sikit so saya yang akan jadi date awak."Balasnya sambil tersenyum.Lee sarang mengeluh dengan jawapan yang diberikan Taejun dan terus berlalu pergi meninggalkan Taejun sendirian.

"huh..!"Sebelum sempat Taejun memanggil Lee sarang,dia sudah tidak lagi kelihatan.


 "Jaehyun..mane die..?Takkanlah tak balik lagi kut"soal Baemin sendirian.Baemin membuka suis lampu dan melihat Jaehyun terbaring di atas lantai ruang tamu rumahnya dengan keadaan mulutnya berbuih.

"oh.!Jaehyun..!!kau dengar tak aku.!kenape ni.?"Baemin cuba mengejutkan Jaehyun.Jaehyun terus digegaskan ke hospital sejurus ambulans sampai dan terus dimasukkan ke wad kecemasan.


 Sebaik mendengar berita berkaitan keadaan Jaehyun,Hanbyul dan yang lain segera bergegas ke hospital.Sebaik keadaan Jaehyun mula stabil,dia dipindahkan ke wad biasa.Hanbyul masuk ke dalam wad Jaehyun dan mula menangis."Jae...semue salah aku..aku tak patut pun paksa kau.."kata Hanbyul sambil terus menangis di sisi katil Jaehyun.Semua yang berada di situ melihat dengan rasa hairan.



 Setekah beberapa jam berlalu,Jaehyun mula sedar.Dia melihat keadaan sekeliling dan mendapati Hanbyul berada di sisinya."Han..byul...aku kat ma..ne.?"soalnya.Hanbyul yang berada di sisinya terus memegang tangan Jaehyun dan mula menangis kembali."Jaehyun aku minta maaf..janganlah buat macam tu lagi.."katanya sambil menangis.Hyun il yang berada di belakang Hanbyul mula menghampirinya dan memegang bahunya.

"ape sebenarnye ni.?beritahu kami semuanye..ape yang kau dengan Jaehyun sembunyikan"kata Hyun il.Hanbyul hanya terdiam.Baemin menghentikan Hyun il dari terus bertanya dan memintanya agar memberikan Jaehyun rehat.


 "Sorrylah aku lambat...Jaehyun kau dah sedar.?"tanya Taejun yang baru tiba.Keadaan agak sunyi dan tiada seorang pun yang mula bercakap."Maaflah aku kene pergi sekarang."Hyun il terus mengambil begnya dan berlalu pergi sejurus melihat mesej yang baru diterimanya.sebaik keluar dari wad Jaehyun,Hyun il terserempak dengan Lee sarang.Sebelum sempat Lee sarang menegurnya,Hyun il sudah berlalu pergi.



 Sudah dua minggu sejak Jaehyun dibenarkan pulang dan dia hanya menghabiskan masa di rumah sendirian.

"Jaehyun..aku datang nak bagi nota yang kau patut bace hari ni...oh.! maaflah aku tak tahu pulak kau ade tetamu hari ni.aku pergi dulu nanti aku call balik."Kata Hanbyul setelah menyedari kehadiran seorang lelaki di rumah Jaehyun.Hanbyul menutup pintu rumah tersebut dan berkata pada dirinya,"ummp..,aku rase macam kenallah sape tuh..?"


 "Buat ape...kat sini.?"Tanya Jaehyun tanpa melihat muka tetamunya."ayah datang sebab nak bawa kau balik.Tinggal je ngan ayah dekat Malaysia dan belajar kat sane."Kata lelaki tersebut."TAK NAK!!"Jerit Jaehyun pada ayahnya sambil terus masuk ke bilik dan menghempas pintu biliknya.Ayah Jaehyun menyelitkan sampul surat putih ke bawah pintu Jaehyun dan berlalu pergi dari rumah tersebut.Jaehyun melihat isi sampul surat tersebut dan terus melemparkannya ke penjuru bilik.


 "Baemin, kau tau tak kat mane Hyun il sekarang ni.? akhir sekali aku nampak dia pun masa Jaehyun masuk hospital"Tanya Hanbyul dalam keadaan ingin tahu.Baemin tidak menjawab dan hanya terdiam dengan kepalanya di atas meja."Baemin...Baemin.."panggil Hanbyul beberapa kali dengan nada perlahan."huh..ape.?!"Jerit Baemin yang terkejut dengan panggilan Hanbyul."cikgu masuk pun nak tidur lagi ke.?kau tak tidur langsung ke semalam..?"Kata Hanbyul setelah melihat cikgu masuk ke kelas.



 Setelah habis kelas,Hanbyul bertanya,"Baemin kau OK ke.?kau tidur dalam kelas setiap masa.Apa yang kau buat malam-malam huh..?".Sebaliknya Baemin hanya membalas "takde apalah..kau ni sibuk je.aku nak pergi perpustakaan dulu.""petang nanti aku nak pergi jenguk Jaehyun,nak ikut..?"Jerit Hanbyul pada Baemin yang sedang berlalu pergi.Baemin hanya melambaikan tangan tanda tidak untuk soalan yang diajukan Hanbyul tadi.



 Sementara itu,Lee Sarang telah mendapat mesej dari Hyun il,

  "Sarang..,sorrylah hari tu kat hospital aku pergi terus tanpa tegur kau..aku ada hal mustahak so kena cepat.aku balik pukul 5 petang esok.Jumpa kau kat sekolah...
aku ada benda nak bagi...tunggu aku."
Melihat mesej yang baru diterimanya,Lee Sarang hanya tersenyum.Taejun pula sedang memerhatikannya dari jauh.
"Sarang,tolong cikgu hantar semua buku ni kat bilik guru kejap"Arah cikgunya kepada Lee sarang.Mendengar arahan tersebut,Lee sarang segera bangun untuk mengangkat buku tersebut dan telah meninggalkan phonenya di bawah meja.


 Jam menunjukkan pukul 4.35 petang,waktu itu,Lee sarang baru sahaja selesai menghantar buku ke bilik guru seterusnya meminjam buku dari perpustakaan dan terus menuju ke kelasnya.Semasa sampai di mejanya,Lee sarang terdapat satu  surat diletakkan di atas mejanya.Isi kandungannya berbunnyi :

Sarang,boleh tak jumpa aku kat stor sukan sekarang.?
-Hyun il-

  Membaca nota tersebut,Lee sarang segera menuju ke stor yang terletak di bilik terakhir bangunan lama.Pintu stor terbuka.Lee sarang terus masuk ke dalam dan terdapat seorang pelajar lelaki sedang duduk menyandar pada almari di dalam.Wajahnya tidak kelihatan kerana keadaan bilik yang agak gelap.Sebaik sahaja Lee sarang masuk ke dalam dan mula bertanya,"Hyun il..?" pintu stor tersebut terus ditutup dan dikunci dari luar.

"huh..?!apa ni.?!"Lee sarang mula cemas dan mengetuk-ngetuk pintu untuk keluar.Lee sarang mula berpaling kepada pelajar yang sedang duduk tadi.Cahaya dari luar mula menerangi bilik dan wajahnya mula kelihatan.


 "Taejun.?ape yang kau buat ni Taejun.?!"Lee sarang mula menjerit pada Taejun.Seluruh bilik pula berbau busuk.Taejun mula bangun terhuyung-hayang menghampiri Lee sarang dan mula memegangnya.Lee sarang terus menjerit dan menolaknya ke tepi menyebabkan Taejun jatuh ke lantai.Taejun menarik kaki Lee sarang dan cuba memegangnya sekali lagi.Dalam keadaan ketakutan Lee sarang terus menendang perut Taejun dan menggapai objek berdekatan lalu terus memukul kepala Taejun.



 Akibat hentakan kuat di kepalanya,Taejun terus pengsan dan tidak sedarkan diri.Lee sarang pula terus mengetuk-ngetuk pintu dan meminta tolong.Keadaan bilik bertambah sejuk memandangkan salji sudah mulai turun di luar.Dalam keadaan kesejukan,Lee sarang duduk di penjuru bilik dan mencari sesuatu yang boleh digunakan untuk memanaskan badannya.


 Sejam setengah berlalu,mereka berdua masih di dalam stor.Lee sarang duduk di penjuru bilik tersebut sambil memerhatikan Taejun yang masih tidak sedarkan diri.Tak lama kemudian pintu stor dibuka kelihatan Hyun il sedang tercungap-cungap.Melihat Lee sarang yang kesejukan di dalam,Hyun il segera berlari menghampirinya dan memeluknya dan terus membawanya keluar.

  Lee "Sarang okay.?"katanya sambil menarik nafas panjang.Lee sarang hanya terdiam disebabkan perkara yang baru dialaminya.Dia hanya melihat Hyun il yang sedang membawanya pergi seketika kemudian Lee sarang terus menangis.


 Berikutan hal tersebut,Taejun digantung sekolah selama tiga minggu kerana mabuk di kawasan sekolah dan diberikan amaran.Kes tersebut masih disiasat dan dipercayai masih terdapat beberapa pelajar lain terlibat memandangkan pintu dikunci dari luar dan kuncinya pula telah hilang.