"Mana semua orang ni..?kenapa gelap sangat ni..?Hyun il..Taejun..Jae..Han.."suara Baemin mula perlahan-lahan menghilang dan udara di sekelilingnya mula menyebabkannya sesak nafas.Baemin mula menjerit buat kali terakhir tetapi suaranya tidak mampu keluar.
"aaah..."Jerit Baemin sebelum mula terjaga dari mimpinya.Baemin melihat kelilingnya.Dia kini berada di sebuah bilik bawah tanah yang agak gelap.Baemin berjalan manuju ke pintu dan terus membuka tombol pintu.
"dah pukul 11 kenapa gelap sangat langit hari ni..?"Tanya Baemin sendirian.Baemin masuk semula ke dalam biliknya untuk mengambil kot dan mula menuju ke arah pasaraya yang terdekat.Baemin mencapai beberapa barangan keperluan harian lalu terus menuju ke kaunter bayaran.
"tolong asingkan barang yang ni dengan yang ni..plastik lain-lain."Arahnya sambil menunjukkan ke arah beberapa barangan yang diletakkan di atas kaunter.
Baemin mula membunyikan loceng pintu sebuah apartment.
"Baemin.."kadengaran suara yang mula membuka pintu.
"Lee sarang..nah barang-barang yang awak suruh saya beli.."Kata Baemin sambil menghulurkan satu plastic beg yang dibelinya tadi.
"umm..okay..terima kasih."Balasnya hanya mengambil barang-barang tersebut lalu terus cuba menutup pintu rumahnya sebelum pintu tersebut mula ditahan kaki seseorang.
"Oh Taejun pun datang..?"Tanya Baemin yang baru menyedari kehadiran Taejun di depan pintu rumah Lee sarang.
"Baemin hantar barang ke..?uh..nanti kita cakap lagi eh.aku kena cakap dengan penulis ni.."Kata Taejun sambil memegang pintu rumah Lee sarang cuba membukanya dari luar.
"kakak..boleh saya masuk.?"Tanya Heungsu yang sedang berdiri di sebelah Taejun.Mendengar suara Heungsu,Lee sarang terus membuka pintunya.
"Sarang buka pintu untuk Heungsu je ke..?"Tanya Taejun sambil terus melangkah masuk ke dalam.
"kenapa kau datang.?"Tanya Lee sarang kepada Taejun.
"kenapa..?sebab kerjalah..kau ingat aku datang ni nak main ke.?produser muzik mari rumah penulis skrip mestilah sebab nak bincang pasal kerja kan.?ada sebab lain ke..?"Tanya Taejun sambil melihat keadaan sekeliling rumah tersebut.
"dah lama kau tak keluar rumah tapi rumah bukannya bersih sangat pun..tak bosan ke duduk kat rumah ni je.?huh..kalau detektif Lee tahu mesti dia kecewa."Keluh Taejun.Lee sarang hanya terdiam sambil menghidangkan Heungsu dan Taejun segelas air.
"Kwon Youngshik..sila keluar ada orang nak jumpa."Arah seorang pegawai polis.Youngshik berjalan keluar dari sel menuju ke tempat menunggu tetamu.
"ayah.."Kata Baemin sambil melambai-lambai ke arah ayahnya.Ayahnya tidak membalas dan hanya terdiam duduk di hadapannya.Baemin memberikannya beberapa barangan yang dibelinya tadi kepada ayahnya dan cuba memulakan perbualan beberapa kali dengan ayahnya tetapi tiada jawapan yang keluar dari mulut ayahnya.
30 minit berlalu sebelum dia mula bercakap untuk belik ke sel semula.Baemin keluar dari kawasan penjara dengan hampa.Tak lama kemudian Baemin menerima mesej dari Hanbyul yang masih berada di England.
"Baemin,aku dah poskan kad perkahwinan aku dengan tiket penerbangan sekali.Passport kau boleh guna lagikan ? Minggu depan kau datanglah dengan Taejun.Lee sarang macam mana ? aku dah email pasal wedding aku tapi aku tak rasa yang dia nak pergi.Kalau ada apa-apa kau mesej je aku sebab aku tengah sibuk sekarang ni."
"ah..sekurang-kurangnya budak tu okay kat sana..bila dia tu nak balik tengok ayah dia agaknya."Kata Baemin sendirian.Baemin duduk di hadapan komputernya buat sementara waktu sambil melihat kembali gambar-gambar lamanya sewaktu masih di bangku persekolahan.Gambar terakhir mereka adalah sewaktu mereka bercuti di salah sebuah villa milik keluarga Jaehyun.Melihat gambar tersebut,Baemin mula teringat kenangan silamnya.Seketika kemudian Baemin membuka emailnya dan mula menulis,
Dah lama kau tak tulis ni..,maaflah sebab dah lama tak hubungi kau.Aku saja tulis ni kalau kau nak tahu perkembangan kita orang kat sini.Tentu kau rindu Hanbyul kan.?Sekarang ni dia dah nak kahwin.Tak sangka dia kahwin dulu sebelum aku.Taejun pula sekarang ni buat muzik untuk ost drama yang Lee sarang tulis.Taejun benci muzik sebab ayah dia tapi dia mula tulis lagu sebab nak kerja dengan Lee sarang.Ayah aku dengan peguam Jang masuk penjara beberapa tahun lepas sebab terlibat dadah.Aku pun dah lama tak cakap dengan Mak Cik Zus.Sekarang ni aku tengah prepare untuk ujian kemasukan kolej..betul cakap kau susah sangat .Hyun il dah tak ada..sebab tu aku jaga Lee sarang..sebab Hyun il suka sangat kat dia.Tambah lagi lepas Detektif Lee mati dua tahun lepas masa tengah bertugas.Lee sarang masih trauma dengan semua tu jadi dia tak pernah tinggalkan rumah.Dia tak nak jumpa sesiapa pun sekarang ni..Yang penting sekali,aku rindu sangat kau...aku harap kita boleh jumpa lagi lain kali...cepat-cepatlah baca ni..
-Baemin-
"okay.."kata Baemin setelah selesai menulis,cuba menahan air matanya.Mesej dihantar ke alamat email Jaehyun.Sudah beberapa tahun berlalu namun Jaehyun masih belum ditemui.Mayat Jaehyun masih tidak dapat ditemui jejaknya juga tidak dapat dikesan.Tiada siapa yang tahu samada Jaehyun masih hidup atau sudah meninggal dunia tetapi Baemin masih lagi menghantar email kepadanya dengan harapan suatu hari nanti emailnya akan dibalas.
-tamat_
No comments:
Post a Comment