"apa halnya ni.?siapa yang mesej tu.?"
"Jaehyun..!aku rasa kita kena pergi balai sekarang ni.!"balas Hanbyul sambil mengambil kot dan kunci motornya.Sambil menuju ke pintu,Hanbyul menelefon ayahnya yang juga merupakan seorang peguam kepada syarikat milik ayah Jaehyun.
Sesampainya mereka di sana,mereka tidak menjumpai Jaehyun di mana-mana.5 minit kemudian ayah Hanbyul,peguam Jang sampai ke balai.
"Mana Jaehyun.?"Tanya peguam Jang.
"Tak tahu..."Balas Hanbyul sambil melihat keadaan sekelilingnya.
"Baliklah..nanti ayah uruskan."Kata peguam Jang sambil menepuk bahu anaknya.Hanbyul tidak membalas dan terus pulang ke rumah Jaehyun.
Taejun pulang dengan keadaan hampa ke rumahnya.Taejun duduk di sofa rumahnya dan mula memandang sekeliling dan terlihat sampul surat di atas meja di tepi pintu.Dia mula menghampiri meja tersebut dan memegang sampul surat dan membelek-beleknya.
"Huh..?kat mana aku ambil surat ni huh..?tah lah rasa macam ada orang bagi."soalnya sendirian.Disebabkan kebanyakan masanya dihabiskan di rumah Jaehyun,Taejun tidak perasan akan barang-barang yang ditinggalkannya di rumah.
Taejun mula membuka sampul surat tersebut dan mengeluarkan surat di dalamnya.Isinya berbunyi,
"Taejun..aku pernah suka kau dulu tapi sekarang ni aku rasa perasaan tu macam dah hilang.aku pun taknak beritahu kau apa-apa pun pasal ni sebab Hyun il yang suruh...
aku pindah 15 haribulan ni.aku rasa kau tak peduli pun.aku cuma nak cakap yang bayi yang kau suruh gugurkan dulu..baru je hilang..aku ingat nak simpan dia tapi...
sejujurnya aku memang salahkan kau dalam hal ni.!kenapa kau buat macam tu.?!aku tulis ni pun sebab nak tanya kau satu benda je.... KENAPA KAU TAK SUKA TENGOK AKU GEMBIRA ?!"
Isi surat tersebut tamat sampai disitu sahaja.Taejun mula berasa sebak membaca surat tersebut.Di dalam sampul surat itu terdapat beberapa keping gambar.Gambar pertama dan kedua merupakan gambar Taejun bersama Lee sarang semasa mereka masih bersama dulu tetapi gambar Lee sarang telah dikoyakkan dan hanya gambar Tajun yang tertinggal.Gambar seturusnya adalah gambar Taejun yang masih disimpan Lee sarang dan gambar ultrasound bayi mereka.
Melihat gambar-gambar itu,Taejun terkedu seolah-olah tiada apa yang hendak dikatakan.Sejurus kemudian Taejun segera masuk ke bilik dan terus mengambil kot dan kunci keretanya menuju ke rumah Jaehyun.
"Hyun il.!"Taejun terus memanggilnya setibanya Taejun di pintu depan rumah tersebut.
"Hyun il..kat mana dia.?"Taejun bertanyakan Baemin yang sedang duduk di sofa.Baemin tidak menjawabnya sebaliknya hanya memandangnya sebelum Taejun meluru ke bilik Hyun il.Melihatkan Taejun yang sibuk mencari Hyun il,Baemin berkata,
"Hyun il..tak tahu kat mana dia..kenapa.?risau..?huh..!kau tak risau pun kawan kau kat penjara sekarang ni."Baemin mula menyindirnya dan terus berlalu dari situ.Taejun tergamam mendengar semua yang keluar dari mulut Hyun il dan mula menyandar ke dinding sambil menangis.
"Jaehyun sekarang ni dah buat pengakuan jadi..saya sendiri pun tak pasti boleh ikat jamin ke tak......ye..ye..saya faham tu...nanti saya uruskan.."peguam Jang meletakkan ganggang telefonnya dan teruskan perbualannya dengan Jaehyun.Tepat jam 11.30 pagi,peguam Jang berlalu pergi dan Taejun masuk ke dalam.
"Jae.."Taejun menarik kerusi di hadapan Jaehyun dan terus duduk.Lima minit berlalu Taejun hanya duduk tanpa berkata apa-apa.Sejurus Taejun mula bercakap Jaehyun berlalu pergi menuju ke pintu tanpa mempedulikan apa yang ingin dikatakan Taejun.Itulah kali terakhir Jaehyun menemui rakannya sebelum perbicaraan bermula.
perbicaraan Jaehyun bermula pada 23 haribulan.Disebabkan tiada sebarang dakwaan dari keluarga mangsa dikeluarkan,peluang Jaehyun untuk bebas amat cerah ditambah pula dengan adanya pengaruh bapanya.Sepanjang tempoh perbicaraan berlangsung Hyun il masih tidak dapat dihubungi .Taejun pula pergi ke Busan kerana ingin terus mencari Lee sarang.
Taejun keluar dari kereta porsche birunya."haaah.."katanya sambil melapangkan kedua-dua tangan sambil menghirup udara segar.Keretanya diletakkan di kawasan letak kereta di pelabuhan.Berhampiran kawasan pelabuhan terdapat kawasan pasar.Taejun berjalan masuk ke kawasan pasar dimana terdapat beberapa peniaga yang mula membuka gerai.
"mak cik.,maaf tapi saya nak tanya mak cik tahu tak tempat ni kat mana.?"Katanya sambil menunjukkan kertas yang tertera alamat Lee sarang diatasnya.
Penjual tersebut membaca alamat yang tertera dan terus menghampiri seorang lagi penjual yang lebih berusia dan menunjukkan kertas tersebut sambil berbual dalam dialek Busan yang kurang difahami Taejun.Taejun hanya berdiri di luar gerai sambil menunggu jawapan dari penjual itu.Seketika kemudian,penjual yang agak berusia datang menghampirinya dan berkata,
"Kenapa nak pergi rumah dia ni.?Detektif ni takkan suka pun.... Anak dia baru saja mati.Baliklah..Lagipun buat apa nak cari orang pagi-pagi ni? Tak ada orang pun yang dah bangun.."sambil melambai tangannya mengarahkan Taejun pergi.
Sedang Taejun berjalan menuju ke keretanya,dia melihat seorang lelaki memakai pakaian sukan sedang menendang tayar keretanya.Taejun tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas disebabkan hari masih gelap namun setelah menghampirinya,
"Huh.?Detektif..?"katanya dengan gembira.
"Hah.?Tae..Taejun..?Kenapa...?Huh.!! Kereta dia betul ke.?!"keluhnya sambil menuding jari ke arah Taejun
Taejun segera menghampiri detektif dan memegang lengannya sebelum sempat Detektif Lee melarikan diri.Taejun dan Detektif Lee duduk di bangku di kawasan berdekatan sambil berbual,
"Detektif...saya dah dengar pasal Lee Sarang..maaflah..."katanya sambil tunduk ke bawah.
"Huh..? Kau tahu ?."katanya sedikit terkejut.Taejun mula mengangkat kepalanya dan memandang Detektif Lee.
"Detektif..,macam mana detektif tahu tu kereta saya.?"tanya Taejun.
"Huh..?"sambil melihat Taejun."aku tak tahu pun. Cuma aku rasa marah sebab ada orang guna kereta yang sama."balas Detektif Lee.Taejun yang mendengarnya terus tersenyum.
"Sebab tulah saya cemburukan Lee Sarang...dia ada ayah yang baik.."katanya lagi sambil mula menunduk ke bawah.Perbualan mereka hanya sekejap sebelum Detektif Lee meminta diri untuk berlalu pergi.
Taejun memutuskan untuk tinggal di Busan selama beberapa hari sebelum perbicaraan terakhir Jaehyun.Taejun memandu keretanya di sekitar kawasan bandar dan menetap di salah sebuah hotel di kawasan pinggir laut.Pada malam kedua,Taejun berjalan di kawasan pantai.Kelihatan dari jauh kelihatan seorang yang amat dikenalinya.Sebelum sempat Taejun menghampirinya,datang seorang lelaki membawa minuman ke arahnya sambil tersenyum.
"Lee Sarang...apa dia buat kat situ.?"katanya sendirian.Taejun kemudiannya segera mengeluarkan phonenya dari poket kot dan terus menghubungi Hyun il.
"Oh Taejun..ada apa.? Nantilah aku call balik .Aku sibuklah."Sebelum sempat Hyun il meletakkan gagang telefon,Taejun mula bertanya."Hyun il kau kat mana.?"
"Huh..?Aku.?? Ummp..kat mana-manalah. Nanti aku baliklah..Bye."balas Hyun il lalu terus menekan pada punat telefon yang berwarna merah.Taejun memerhatikan Lee Sarang dari jauh.Lee Sarang kelihatan gembira bersama Hyun il jadi Taejun tak mahu merosakkan suasana tersebut lalu terus berlalu perlahan-lahan dari situ.
Taejun duduk di dalam keretanya sambil menahan sebak.
"Lee Sarang...memang taknak jumpa aku ke.?Mak cik kat pasar tu pun...mesti dia dah tahu..takkanlah dia nak bohong kut...sampai macam tu ke diorang taknak bagi aku jumpa dengan dia.?"fikir Taejun sendirian.
Dua hari berlalu semenjak Taejun melihat Lee Sarang.Taejun memandu keretanya dalam perjalanan pulang ke Seoul untuk menghadiri perbicaraan Jaehyun yang akan bermula beberapa jam sahaja lagi.Taejun memutuskan untuk singgah ke rumahnya terlebih dahulu sebelum ke mahkamah.Semasa sedang memasuki selekoh sebelah kanan berhampiran rumahnya, sebuah kereta yang dipandu laju merempuh bahagian kanan badan keretanya.
Orang ramai yang melihat kejadian tersebut segera menghubungi ambulans.Taejun dan seorang pemandu lain bersama-sama seorang kanak-kanak dikejarkan ke hospital.Taejun masih dalam keadaan separa sedar semasa dibawa ke hospital.
"apa....dah..berlaku..?"katanya sebelum mula pengsan.
No comments:
Post a Comment